Tuesday, March 6, 2012

MyGMJ Johor Buat Persiapan





Alhamdulillah, Aqsa Syarif Johor di ketuai PM Dr Abdul Rahim Yusof telah bermesyuarat tiga kali begi merancag menggerakkan aktiviti MyGMJ peringkat wilayah selatan semenanjung /negeri Johor. Skop dan tanggungjawab dikenalpasti ialah;
a. Menganjurkan Konvoi dan perarakkan Global March to Jerusalem (GMJ) peringkat Johor.
b. Menganjurkan ceramah-ceramah di masjid, surau, pejabat dan sekolah-sekolah, juga video screening di beberapa sekolah pilihan.
c. Membuat penyertaan dan membantu menjayakan MyGMJ Malaysia pada 30 Mac 2012.
d. Membuat penyertaan (minima 8 orang - 1 orang satu daerah) ke GMJ di Amman Jordan.
e. Membantu menjayakan aktiviti di UTM berkaitan MyGMJ - aktiviti pelajar di kampus pada 21 Mac 2012.
f. Mengutip dana untuk tabung MyGMJ.

Insya Allah bagi program convoy dan kempen 17 Mac 2012, 8 daerah di mana Aqsa Syarif memiliki pengurus-pengurus daerah di rancang menyusun konvoi berkereta dan bermotor dan setiap daerah singgah di beberapa check point sambil mengedarkan fliers dan jemputan kepada perarakkan besar-besaran di lembah kelang MyGMJ pada 30 Mac 2012. Konvoi dari daerah-daerah juga akan mengadakan kutipan dana MyGMJ di tenpat-tempat hentian yang akan dikenalpasti oleh setiap daerah seperti di stesyen minyak, di pasar-pasar tani dan di tempat orang ramai berkumpul dan R&R. Konvoi setiap daerah (sejumah 8 daerah di Johor) dijangka bertolak dari daerah masing-masing seawal jam 9.00pagi dan dijangka berkumpul di ruang lapang di pusat membeli belah di Angsana (Tampoi) pada jam 2 ptg pada 17 Mac 2012. Keizinan dari pihak pusat membeli belah Angsana sudah diperolehi (Alhamdulillah).

Jawatankuasa MyGMJ Johor sedang menghubungi NGO-NGO lain di Johor bagi mendapatkan kerjasama dan bersama-sama menjayakan konvoi pada 17 Mac 2012 dan penyertaan ke perarakan mega MyGMJ di lembah kelang pada 30 Mac 2012.

Insya Allah Aqsa Syarif berusaha secara amal jama'i untuk membantu MyGMJ Malaysia melalui penghantaran tenaga dan rombongan dalam perarakan pada 30 Mac di KL/Selangor dan juga di Amman Jordan.

Semoga dipermudahkan Allah SWT dan perjuangan pembebasan Palestin terus bersemarak. Memperkasa Ummah - Membebaskan Al-Aqsa.


No comments:

Post a Comment