Saturday, November 2, 2013

Kekuatan Roket-roket Pejuang Palestin di Gaza

Gaza now | Hebrew press is trying to focus on the # Hebrew press (akhbar Israel) kini memberi fokus meneliti kekuatan roket-roket para pejuang Palestin. Roket-roket yang dihasilkan oleh para pejuang Hamas dan kelompok-kelompol lain di Gaza sedang bersedia melancarkan roket atau missiles seumpama M75 alternatif kepada Fajr5 buatan Iran yang boleh mensasarkan hingga ke tengah bandaraya Tel Aviv sejauh 70km dari Gaza.

Para pejuang Hamas terpaksa dan berkewajipan membina kekuatan tentera dan persenjataan sendiri disebabkan kebiadapan zionis yang tidak henti-henti dan sesuka hati membuat serangan-serangan kearah Gaza yang sudah sekian lama dikepung dan dizalimi.


Brigade Izzuddin Al-Qassam, sayap tentera Hamas menegaskan bahwa selama pertempuran hijaratussijjil dalam 8 hari telah melepaskan 1573 roket dan misil, sebagiannya digunakan untuk pertama kalinya dalam pertempuran tersebut.

Brigade menegaskan dalam datanya bahwa pihaknya melepaskan enam jenis roket M75 jarak jauh dan buatan tempatan serta enam roket jenis Fajar 5 juga jarak jauh dengan target Hertezelian dan tiga di antaranya ke Jerusalem serta tujuh roket jenis yang sama ke arah bandar Tel Aviv dan satu ke arah Berseba.

Adakah pejuang-pejuang Palestin terus berdiam diri dalam keadaan tersebut ??



GAZA.PALESTINA.(voa-islam.com) - Tahukah anda apa nama roket milik Izuddin Al-Qassam? Ya, namanya adalah M75. Apa yang melatarbelakangi huruf dan angka dalam penamaan roket tersebut. Brigade Izuddin Al-Qassam mengumumkan rahasia penamaan roket ini dengan nama M75, Jum'at/16/11/12.
Brigade al-Qassam telah berhasil menembakkan roket yang menghantam kota Tel Aviv dan Yerusalem,  Jum’at sore. Al-Qassam dalam sebuah pernyataan singkat mengatakan bahwa huruf M yang berada pada nama itu adalah sebagai inisial dari Muqodimah yaitu yang menunjukkan nama salah satu pendiri Brigade Izuddin Al-Qassam.
Nama lengkap beliau adalah Ibrahim Ahmad Al-Muqodimah, lahir di Asqollan tahun 1950, merupakan salah satu pendiri Hamas di Palestina. Keluarganya hijrah bersama para keluarga warga Palestina lainnya pada tahun 1948 (bertepatan dengan pendudukan Israel). Yaitu dua tahun setelah peristiwa itu lahirlah beliau.
Beliau memiliki prestasi akedemi yang gemilang. Beliau lulus SMA dengan predikat mumtaz (nilai rata – rata 9) dan melanjutkan studi ke dokteran di Mesir. Kemudian setelah lulus, beliau bekerja di rumah sakit Al-Syifa di Gaza. Pada saat studi di kampus, beliau bergabung dengan gerakan Islam di Mesir, Ikhwanul Muslimin.
Singkat cerita, beliau syahid pada Sabtu pagi, 8 Maret 2003, dimana Helikopter Apache Israel menghantam mobil beliau yang mengakibatkan syahidnya pendiri Brigade al-Qassam dan tiga penumpang lainnya, termasuk anak kecil.
pastedGraphic.pdf
Adapaun angka 75, itu merupakan simbol dari jarak jangkau roket tersebut, di mana roket tersebut dapat menjangkau target ke 75 km atau 80 km. pada hari Sabtu, sekitar 14 roket M75 lebih yang ditembakkan ke Israel, sisanya puluhan roket yang digunakan adalah roket Grad dan 107. Roket ini pun, untuk pertama kalianya telah menghantam kota Yerusalem dan Tel Aviv.
Brigade al-Qassam terus melaukan riset dan kajian guna menngkatkan kemampuan roket yang sekarang terus dikembangkan secara massal, dan sekarang mampu menjangkau seluruh wilayah Zionis-Israel. Bahkan, Perdana menteri Israel Benyamin Netanyahupun tak merasa nyaman, dan harus berada di bungker, dan menyelamatkan diri roket al-Qassam. (usamah/islam): http://www.voa-islam.com/news/world-world/2012/11/19/21785/mengenal-roket-izuddin-alqassam-yang-menghantam-yerusalem/

Iron Dome milik Israel dan Roket al-Qassam milik Hamas..

Iron Dome
Teknologi penangkis roket, Iron Dome dianggap oleh Israel sebagai senjata paling ampuh untuk meminimumkan kerosakan dan kematian akibat hentaman roket milik Hamas, al-Qassam. Teknologi yang dibangunkan oleh firma Rafael Advanced Defence Systems menggunakan teknologi radar dan sensor automatik.
Sistem pertahanan terbaru milik Israel ini dicipta untuk menangkis roket jarak dekat dan mortar 155 mm  yang mana mampu mencapai jarak 70 kilometer. Kelebihan Iron Dome adalah mampu beroperasi pada waktu siang dan malam dan mempunyai ketahanan di keadaan cuaca yang buruk. Senjata ini sangat responsif apabila mampu memberi tindakbalas hanya dalam beberapa detik.
pastedGraphic_1.pdf
Iron Dome

Iron Dome direka dengan mempunyai tiga elemen pusat:
  • Pengesanan & Penjejakan Radar: Sistem radar dibina oleh ELTA, sebuah syarikat pertahanan Israel.
  • Pengurusan & Kawalan Senjata Pertempuran (BMC): pusat kawalan yang dibina oleh mPrest Systems, sebuah syarikat perisian Israel.
  • Penembakan Misil Unit: unit pelancaran peluru berpandu pemintasTamir, dilengkapi dengan sensor elektro-optik dan sirip boleh ubah untuk pergerakan pantas. Peluru berpandu ini dibina oleh syarikatRafael Advanced Defence Systems.
Iron Dome adalah gelaran kepada “Dual-Mission Counter Rocket, Artillery and Mortar and Very Short Range Air Defense System“. Ia telah dicipta pada tahun 2007 setelah Israel menerima banyak hentaman roket daripada Hamas daripada jalur Gaza.
pastedGraphic_2.pdf
Radar milik Iron Dome berfungsi dengan radius hampir 40 batu. Apabila sebarang ancaman roket dikesan, informasi tersebut akan dihantar ke Pengurusan Tempur dan Trak Pengawal. Di sini, informasi tersebut akan dinilai samada untuk menangkis atau membiarkan sahaja roket tersebut meletup.

Jika informasi tersebut dinilai sebagai satu ancaman, data tersebut akan dihantar pula ke Unit Penangkis di mana Pelancar Roket yang diprogramkan akan serta merta memberi isyarat untuk aktif. Roket yang dilancarkan akan mengesan roket milik Hamas berdasarkan sensor haba yang dipasang khas di badannya.
Menurut Israel Defensive Force(IDF), kadar ketepatan Iron Dome begitu tinggi iaitu mencapai 90%. Ia menutup kritikan pelbagai pihak yang mengatakan Iron Dome terlalu mahal terutama dibandingkan dengan roket Hamas yang setiap satu hanya berharga $800.

Roket al-Qassam
Roket al-Qassam adalah senjata utama milik Briged al-Qassam iaitu cabang utama parti pemerintah Gaza, Hamas. Roket al-Qassam mempunyai beberapa kategori berbeza iaitu al-Qassam I, al-Qassam II, al-Qassam III dan al-Qassam IV.
Dianggap sebagai senjata moden tapi primitif oleh Israel dan sekutunya Amerika Syarikat, roket ini dianggap lebih kepada bunga api daripada roket pemusnah. Namun, hakikatnya roket ini begitu sofitikated sebagai senjata pemusnah terutama apabila ia tepat mengenai sasaran. Ia diakui oleh Kolonel Richard Kemp daripada Royal United Servises Institute.
“They are cheap, basic but nonetheless effective, they are not the fireworks that people sometimes say they are. They are very effective if they hit their target.”
pastedGraphic_3.pdf
Qassam I:
Roket ini mempunyai berat  77 pound, mempunyai diameter 4.5 inci, panjang 6 kaki serta mampu mencapai jarak maksimum 1.86 batu. Kepala peledaknya adalah seberat 18 pound. Sasaran utama adalah Sderot dan sekitarnya. Setakat ini, roket Qasssam I adalah roket paling banyak digunakan untuk membalas serangan rejim zionis.
Qassam II:
Roket ini mempunyai berat  88 pound, mempunyai diameter 4.5 inci, panjang 6 kaki serta mampu mencapai jarak maksimum 4.35 batu. Kepala peledaknya adalah seberat 8.8 pound. Sepertimana Qassam I, Qassam II digunakan untuk menghentam wilayah Sderot dan sekitarnya.
Qassam III:
Roket ini mempunyai berat  110 pound , mempunyai diameter 4.5 inci, panjang lebih 8 kaki dan mampu mencapai jarak maksimum sehingga 6.21 batu. Qassam III mengandungi peledak seberat 17.6 pound. Qassam III mampu mencapai sasaran sehingga ke Askelon dan kawasan sekitarnya.
Qassam IV:
Roket ini mempunyai berat  daripada 88 hingga 110 pound , mempunyai diameter sebanyak 4.5 inci, panjangnya lebih 8,5 kaki dan mampu mencapai jarak maksimum 9 batu bahkan ada yang mencapai lebih jauh daripada itu. Kepala peledaknya mempunyai berat sehingga 22 pound. Qassam IV mampu mencapai Ashkelon dan mempunyai kekuatan dalam pencapaian jarak dengan teknologi yang semakin membangun.
pastedGraphic_4.pdf
Perkembangan seterusnya
Dengan bantuan dana Amerika Syarikat tanpa henti, Israel sedang melalui proses pembinaan sistem penangkis roket yang dikenali Sistem Pertahanan Pelbagai Lapisan (Multi-Layered Defence Systems) iaituDavid’s Sling atau Magic Wand. Sistem ini bertindak untuk menangkis dan memintas roket jarak sederhana dan bakal beroperasi secara efektik pada tahun 2015. Secara mudah, Sistem Pertahanan Pelbagai Lapisan merangkumi sistem penangkis roket pelbagai jarak iaitu jarak dekat, jarak sederhana dan jarak jauh. Iron Dome adalah sistem pertahanan lapisan pertama yang telah digunapakai sekarang.
Dalam menangani kemungkinan roket jarak jauh milik Iran, Israel dalam pembinaan teknologi penangkis roket jarak jauh yang dikenali Arrow 2 danArrow 3. Firma terkenal daripada Amerika Syarikat iaitu U Boeing berkerjasama dangan Israel Aerospace Industries (IAI) untuk melengkapkan sistem pelbagai lapisan iaitu ‘lapisan’ terakhir yang mensasarkan roket jarak jauh.
Apabila siapnya Arrow 2 dan Arrow 3, maka sistem pertahanan pelbagai lapisan yang ‘dicipta’ oleh Israel dan Amerika Syarikat yang semata-mata untuk mempertahankan tanah haram Israel akan lengkap sepenuhnya. Dengan itu, lapisan imaginasi akan menggunakan penangkis misil Iron Dome di lapisan pertama, lapisan kedua pula menggunakan penangkis misil Magic Wand dan lapisan terakhir akan menggunakan penangkis misilArrow 2 dan Arrow 3.
Di pihak Hamas pula, pengkaji dan penganalisis perang daripada Barat terutama pro-Zionis menganggap Hamas sebagai paksi utama pangganas.  Namun, hakikatnya Hamas yang kemudiannya Briged al-Qassam, tertubuh sebagai tindak balas terhadap aksi kejam rejim Israel terhadap masyarakat Islam Palestin.
Hamas dan Briged al-Qassam bergantung sepenuhnya dengan keberanian pejuangnya menyeludup masuk peralatan keperluan perang melalui terowong-terowong tikus di sekitar jalan masuk Mesir dan Gaza.
Beberapa penganalisi mendakwa Iran dan Rusia adalah pengimport utama peralatan dan kelengkapan perang kepada Hamas dan Briged al-Qassam. Dakwaan tersebut mungkin ada benarnya apabila Iran dan Rusia sering dilihat menyebelahi Palestin apabila berlaku krisis Palestin-Israel.
Dengan pembelian teknologi daripada Rusia, Hamas telah mampu untuk memiliki roket berjarak lebih jauh daripada roket temporari al-Qassam.
Roket ini adalah kembar kepada roket Katyusha milik Rusia yang dikenali sebagai roket Grad. Roket ini mampu mencapai jarak sehingga 12.75 km hingga 20 km. Roket Grad yang diubahsuai mampu mencapai sasaran 48km daripada titik perlancarannya. Ini bermakna roket ini berkemampuan untuk memusnahkan sasaran di Ashdod, Kiryat Gat, Barsheva dan Yavne. Setiap wilayah tersebut mempunyai populasi lebih 30,000 orang penduduk kecuali Yavne.
Miskipun berfahaman Syiah, Iran adalah satu-satunya negara Islam yang menunjukkan sokongan dengan memberi bantuan senjata kepada pejuang Hamas. Roket Hamas seperti roket Fajr adalah buatan Iran yang dieksport khas ke Gaza.
Kemampuan roket Fajr sangat mengujakan. Kuasa ledakan cukup untuk memusnahkan kawasan di bandar yang berkepadatan tinggi di Israel seperti Tel Aviv(405,000), Rishon Lezion(232,500) dan Be’er Sheva(196,500). Generasi Fajr terbaru iaitu Fajr-5 dikatakan dalam pembinaan di sekitar lokasi rahisa Palestin. Menurut laporan risikan Israel dan CIA, pembinaan Fajr-5 dilakukan secara sulit dan dibina sepenuhnya di bawah tanah. Kuasa lonjakan roket Fajr-5 mampu mencapai jarak 75km hingga 80km daripada titik pusat perlancarannya.
pastedGraphic_5.pdf
Tapak pembinaan roket Fajr-5 di lokasi rahsia di Palestin
Kos yang tinggi
Kemampuan roket Hamas berbanding penangkis misil balistik Iron Domeadalah berdasarkan kepada kos pembinaan setiap satu. Sebuah roket milik Hamas hanya berharga $800  manakala sebuah roket penangkis Iron Dome masing-masing berharga $50,000 setiap buah.
Ini bermakna setakat hari Khamis yang lalu sejak krisis Gaza bermula, Hamas telah melancarkan 250 buah roket ke bandar-bandar di Israel. Roket Hamas telah berjaya dipintas sebanyak 90 buah oleh Iron Dome. Hamas telah mengalami kerugian sebanyak $72,000 manakala Israel telah membelanjakan sebanyak $4.5 juta untuk menangkis serangan roket Hamas.
pastedGraphic_6.pdf
Baki 160 buah roket milik Hamas tidak dipintas oleh Iron Dome kerana roket tersebut didakwa jatuh ke tanah lapang, kebun dan laut. Hakikatnya, mereka tidak mampu untuk memintas keseluruhan roket milik Hamas dek kerana setiap satu roket pemintas berharga 60 kali ganda daripada sebuah roket Hamas.
Ironinya, Israel yang bercakap besar mengenai kekuatan dan ketepatanIron Dome telah menerima tamparan apabila tiga rakyat mereka maut dan ramai lagi cedera akibat hentaman roket Hamas.

Link sambutan mempamerkan kekuatan ketenteraan Palestin :





No comments:

Post a Comment