Kini Gaza yang luasnya 360 km.persegi mempunyai populasi 1.6 juta penduduk. Laporan oleh Mr Gaylard dan Jean Gough dari United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees (UNRWA) pada Ogos 2012 menyatakan bahawa populasi Gaza dijangka meningkat menjadi 2.1juta pada tahun 2020 dan menyebabkan kepadatan penduduk mencecah 5,800 orang setiap kilometer persegi.
Dengan keadaan di Gaza hari ini dan perkembangan yang begitu tidak memberangsangkan berkaitan sekatan (blockade) dan ancaman Israel yang masih ditahap yang lama, Gaza akan menghadapai krisis yang lebih teruk. Ekonomi Gaza pada beberapa tahun akan datang dijangkakan lebih teruk berbanding pertengahan 1990an.
Pelbagai krisis yang sedang dihadapi Gaza hari ini iaitu krisis tenaga, krisis air, krisis kesihatan, pendidikan dan infrastrktur asas seperti pembentungan, dijangka bertambah serius.
Berikut adalah beberapa fakta asas mengenai Gaza (rujukan: di SINI):-
Location: Middle East, bordering the Mediterranean Sea, between Egypt and Israel
total: 360 sq km
land: 360 sq km
water: 0 sq km (?)
Land boundaries:
total: 62 km
border countries: Egypt 11 km, Israel (occupied land) 51 km
lowest point: Mediterranean Sea 0 m
highest point: Abu 'Awdah (Joz Abu 'Auda) 105 m
arable land: 24%
permanent crops: 39%
permanent pastures: 0%
forests and woodland: 11%
other: 26% (1993 est.)
Environment—current issues: desertification; salination of fresh water; sewage treatment
party to: none of the selected agreements
signed, but not ratified: none of the selected agreements
Age structure:
0-14 years: 52% (male 294,196; female 280,017)
15-64 years: 46% (male 255,209; female 251,317)
65 years and over: 2% (male 13,475; female 18,440) (1999 est.)
Population growth rate: 4.44% (1999 est.), Kini (2012) diantara 1.6-1.7 juta.
Sex ratio:
at birth: 1.05 male(s)/female
under 15 years: 1.05 male(s)/female
15-64 years: 1.02 male(s)/female
65 years and over: 0.73 male(s)/female
total population: 1.02 male(s)/female (1999 est.)
Infant mortality rate: 22.92 deaths/1,000 live births (1999 est.)
Life expectancy at birth:
total population: 73.44 years
male: 72.01 years
female: 74.95 years (1999 est.)
Total fertility rate: 7.46 children born/woman (1999 est.)
Bantuan-bantuan kemanusiaan dan membangun semula Gaza
Pelbagai pihak dari luar negara melalui PBB seperti UNRWA dan badan-badan kemanusiaan menghulurkan bantuan kepada pembangunan semula Gaza.
Lihat di SINI: UNRWA
Lihat di SINI: Inisiatif Aqsa Syarif.
Inisiatif semasa seumpama itu sememang sangat penting bagi memastikan kehidupan di Gaza secara khusu dan Palestin secara umumnya dapat diteruskan dan masa hadapan rakyat dapat meneruskan kehidupan.
Cabaran-cabaran masa hadapan
Gaza masih berada di dalam keadaan yang sangat tidak selamat dan sangat tidak setabil. Selagi kerajaan haram Israel masih berada di dalam keadaan sekarang dengan sokongan dan dokongan kuasa-kuasa besar dunia, Penduduk Gaza dan Palestin akan terus terancam. Keselamatan dan apa jua bentuk program bantuan dan pembangunan akan juga terus terancam.
Sehingga kini, Gaza masih menerima serangan dan pencerobohan yang berterusan. Saban minggu ada sahaja serangan dan pembunuhan terhadap rakyat Gaza. Pelancaran roket dan peluru berpandu dari jet-jet pejuang tidak mengenal erti kemanusiaan dan boleh mensasarkan di setiap tempat, kampung, bangunan dan rumah milik orang awam di Gaza.
Namun begitu, pemimpin kerajaan dan pentadbiran Palestin di Gaza khususnya tidak berganjak dari usaha-usaha merancang dan membangunkan masyarakat mereka. Usaha dilipatgandakan, perancangan yang strategik disusun bagi membina kekuatan dan meningkatkan kualiti kehidupan rakyatnya. Walaupun hanya berupaya memiliki semenanjung Gaza yang kecil, sebuah pentadbiran yang menyuluh sudah dibangunkan dan sentiasa melalui proses penambahbaikkan.
Pendekatan multi-dimensi dilakukan bagi mengurangkan kesan negatif (rencatan) disamping mencari inisiatif untuk terus progresif di dalam pelbagai sektor pentadbiran dan pengurusan. Gaza membuka ruang untuk semua khususnya dari luar untuk menghulurkan sumbangan di dalam apa juga bentuknya. Hubungan dua hala sentiasa diusahakan oleh pelbagai agensi dan kumpulan-kumpulan pertubuhan kemanusiaan. Penghuluran bantuan ke Gaza sewajarnya tidak lagi disempitkan dengan hanya beberapa sektor yang terhad walaupun ianya sememangnya sangat penting pada masa lalu dan sehingga ke hari ini seumpama dalam sektor makanan, perubatan, pendidikan dan sosio-ekonomi. Suatu perspektif dan dimensi baru bantuan yang lebih bersifat proaktif dan konstruktif untuk masa hadapan (minima 5 tahun kehadapan umpamanya) seharusnya dirancang dan dilaksanakan dari sekarang.
Peluang-peluang besar yang sedia wujud di Gaza
Dengan komposisi lebih 55% penduduknya yang berumur 15 tahun ke bawah dan tenaga kerja yang begitu besar, Gaza sentiasa bersedia menerima apa juga bentuk perubahan di dalam sektor sosio-ekonomi. Di gaza sahaja memiliki sembilan (9) buah universiti yang kini menempatkan sekitar ... pelajar pada satu-satu masa.
Suatu pendekatan yang komprehensif harus diketengahkan bagi membolehkan peluang pekerjaan dijana dan sistem ekonomi bergiat semula dan maju bagi memberikan peluang kepada lebih ramai penduduk dapat menikmatinya.
- University of Palestine[1]
- Al-Aqsa University[2]
- University College of Applied Sciences[3]
- Al-Azhar University - Gaza[4]
- Al-Quds Open University[5]
- Islamic University of Gaza[6]
- Universal Studies Academy[7]
- Palestine Technical College[8]
- Gaza University[9]
Suatu pendekatan yang komprehensif harus diketengahkan bagi membolehkan peluang pekerjaan dijana dan sistem ekonomi bergiat semula dan maju bagi memberikan peluang kepada lebih ramai penduduk dapat menikmatinya.
Dimensi dan Perspektif Baru Masa Hadapan
Gaza dengan pemerintahan kerajaan Hamas dan pentadbiran yang berasaskan ajaran Islam menghadapai pelbagai cabaran yang besar. Prinsip yang diasaskan puluhan tahun yang lalu di dalam bentuk kebajikan kepada masyarakat melalui institusi-institusi tradisional seperti masjid dan sekolah, kini menghasilkan natijah sokongan padu rakyat terhadap kepimpinan yang prihatin kepada rakyat. Namun cabaran luar seperti tekanan Israel dan negara-negara barat mahupun arab yang tidak berkongsi akan aspirasi negara mardeka tajaan Hamas memberikan tekanan dalam pelbagai bentuk - politik, ekonomi dan ketenteraan.
Pendifinasian semula bantuan kemanusiaan terhadap Gaza perlu dilakukan. Bukan sekadar makanan, perubatan dan pendidikan di dalam bentuk bag sekolah, pensil dan buku.
Aqsa Syarif sudah memulai dengan usaha kecil membangun kilang roti, ternakan lembu, ternakan ikan dan kilang keju. Ia bukan membawa makanan ke Gaza, tetapi lebih dari itu, menyedkan kelestarian dalam penghasilan bahan makanan. Bagaimana ianya boleh dilonjakkan dengan lebih berkesan ? Bagaimana sektor penghasilan makanan dapat dipastikan lestari dan mencukupi? Dimensi dan perspektif baru bentuk bantuan perlu diinovasikan.
Laporan UNRWA, menurunkan bahawa 440 tambahan bangunan sekolah, 800 katil hospital dan lebih dari 1,000 doctors diperlukan 2020. Ini menggambarkan bahawa sistem pendidikan dan infrastruktur dalam sektor pendidikan perlu disedia dan ditingkatkan di Gaza sahaja. Oleh itu bentuk bantuan ke Gaza tidak boleh lagi di dalam bentuk membawa set-set bag sekolah ke Gaza, atau untuk jangka masa beberapa tahun ini, para sukarelawan masih membawa kotak-kota ubatan memasuki pintu Rafah bagi di edarkan ke hospital-hospital sahaja. Perspektif dan dimensi baru bantuan masa hadapan untuk Gaza pelu dirangka dari sekarang dan ianya harus bertepatan dengan aspirasi dan cabaran masa hadapan keperluan dan pembangunan di Gaza.

...........&&&&&@@@@@&&&&&.................
Rujukan & Bacaan Lanjut;
No comments:
Post a Comment