Monday, October 21, 2013

Ziarah Masjidil Aqsa Haram atau Harus ? - Perbincangan Ulama-ulama.


Ambil visa dari Yahudi untuk ziarah Masjid al-Aqsa?
pastedGraphic.pdf
Akhir-akhir ini terdapat beberapa syarikat pelancongan yang menawarkan lawatan ke Masjid al-Aqsa. Dan pastinya tawaran itu mendapat sambutan daripada kalangan umat Islam yang berada dengan segala senang hatinya tanpa berfikir dan bertanya pandangan Islam mengenainya. Mereka menganggap ini satu peluang keemasan untuk menziarahi masjid yang digalakkan oleh Nabi s.a.w. sendiri supaya menziarahinya. 


Sebagai memenuhi amanah ilmu, ana turunkan di sini perbahasan para ilmuan mengenai hukum menziarahi al-Quds khususnya Masjid al-Aqsa pada masa kini, yang dikupas oleh Dr. Anas Jarrab (PhD. Jami’ah al-Ulum al-Islamiyyah, takhassus Fiqh wa Usul Fiqh). 



Menurut beliau, berlaku perselisihan pendapat yang agak sengit di kalangan ulamak berhubung persoalan ini. Ada yang berpendapat harus dan ada juga yang mengatakan haram. Setiap golongan mengemukakan hujah serta dalil masing-masing.



Hujah golongan yang mengatakan harus:


pastedGraphic_1.pdf
Golongan ini berpendapat harus bagi seseorang muslim menziarahi al-Quds dan Masjid al-Aqsa dengan mengambil visa dari kedutaan Israel. Antara alasan yang mereka bawa ialah:
1. Qias kepada ziarah Mekah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang mana Mekah ketika itu berada di bawah penguasaan Musyrikin Quraisy. Sedia maklum bahawa kaum Quraisy memerangi Nabi s.a.w. Mereka menguasai tempat paling suci di muka bumi ini, iaitu Bait-Allah al-Haram. Sekiranya perbuatan ziarah itu haram, sudah tentu Rasulullah s.a.w. tidak akan melakukannya.
2. Ziarah boleh membantu rakyat Palestin dengan memberikan sokongan material dan moral, lebih-lebih lagi kepada mereka yang menetap di al-Quds. Ini dapat meningkatkan semangat juang serta ketabahan mereka menentang musuh.
3. Perkongsian isu Palestin, khususnya isu al-Quds. Melalui lawatan dapat menzahirkan ikatan umat Islam dengan Bandar suci ini dan mendorong mereka mengambil berat mengenainya lebih daripada sebelumnya.
4. Ziarah sama sekali tidak bermakna mengiktiraf Negara Yahudi. Bahkan sekadar mengambil kebenaran masuk demi mencapai maslahah yang lebih besar, iaitu memelihara kesucian al-Quds dan meramaikan umat Islam di sana.
5. Qias kepada rakyat Palestin yang berada di dalam Palestin itu sendiri, di mana mereka masuk dan keluar al-Quds di bawah pengawasan Israel. Dan tidak ada seorang ulamak pun yang mengatakan keluar masuknya mereka itu haram. 
pastedGraphic_2.pdf
6. Meraih pahala yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabda baginda yang bermaksud: “Jangan kamu bersusah payah bermusafir kecuali untuk mengunjungi tiga masjid; Masjid aku ini, Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa.” At-Tirmizi.



Dalil golongan yang mengatakan haram:


Golongan ini berpendapat tidak harus menziarahi Masjid al-Aqsa dengan mengambil visa daripada penjajah Israel atau kedutaan mereka. Dalil mereka ialah:
1. Sesungguhnya Allah Ta’ala melarang kita bekerjasan dengan musuh dan menolong mereka. Allah berfirman maksudnya: “… dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan…” (Al-Maidah:2). Masuk ke dalam al-Quds dan Masjid al-Aqsa dengan mengambil visa daripada mereka bererti kita menolong Yahudi dari segi material dengan membayar harga visa dan lain-lain. Dari segi moral juga memberi keuntungan kepada mereka dengan menunjukkan bahawa mereka membenarkan umat Islam masuk untuk ziarah Masjid al-Aqsa. Ini jelas merupakan satu bentuk tolong menolong dalam perkara dosa.
pastedGraphic_3.pdf
2. Sesungguhnya mengiktiraf rejim Yahudi adalah haram sebagaimana diputuskan oleh jumhur ulamak. Mengambil visa daripada mereka bererti kita memperakui kewujudan dan keabsahan kedutaan mereka. Dengan itu secara langsungnya kita mengiktiraf keabsahan kewujudan rejim mereka serta kekuasaannya di atas bumi umat Islam.
3. Palestin kini sedang dijajah. Kewajipan kita adalah membebaskan dan membersihkannya dari penjajahan. Sekiranya kita tidak mampu membebaskannya, maka lebih utama kita memboikot pihak yang menjajahnya, bukan dengan cara kita masuk ke dalam kedutaan mereka dan meminta izin daripada mereka untuk masuk, kemudian mereka yang menentukan sama ada kita boleh masuk atau tidak. 
4. Masuk ke dalam keduataan Israel kemudian ke bumi Palestin menjadikan itu satu kebiasaan yang akan menjadikan orang berasa tidak salah lagi Yahudi menjajah bumi itu. Apa lagi segolongan besar mereka yang dapat masuk itu mengambil kesempatan pula menziarahi penempatan haram mereka seperti Tel Aviv, Haifa, Netanya, dan Kaisarea. Ini bererti suatu perkara yang mungkar dan keji.



Perbahasan dan tarjih (pemilihan pendapat yang paling tepat):

Pada hakikatnya, masalah ini tidak boleh dilihat dari satu sudut sahaja. Sebaliknya mesti dilihat dari semua sudut; 
- dari sudut fiqh al-waqi’ (fiqh reality) di mana kita bercakap tentang reality yang dihadapi oleh umat Islam masa kini, bukan masa lampau
pastedGraphic_4.pdf
- dari sudut fiqh al-muwazanat yang bermaksud mengkaji maslahah (kebaikan) dan mafsadah (kerosakan) yang timbul daripada perkara ini (ziarah) kemudian mendahulukan mana yang lebih utama daripada keduanya (maslahah dan mafsadah). Al-Qarafi, di dalam kitabnya “Al-Furuq” berkata: “Maka sesungguhnya suruhan-suruhan Syarak berdasrkan maslahah yang murni atau benar-benar jelas (khalisah dan rajihah). Dan larangan-larangannya berdasarkan mafsadah yang khalisah dan rajihah.
pastedGraphic_5.pdf
- Isu ini juga berkaitan dengan fiqh al-maalat, iaitu mengambil kira natijah dan kesudahan selepas sesuatu tindakan yang kita lakukan. Dalam hal ini, Ibn al-Qayyim berkata di dalam kitabnya “I’lam al-Muwaqqa’een” : “Oleh kerana maqasid (matalamat) tidak boleh dicapai kecuali dengan sebab serta jalan-jalan yang menyampaikan kepadanya, maka sebab-sebab dan jalan-jalan itu mengikut matalamat yang hendak dicapai itu (dari segi hukumnya)”. Imam asy-Syatibiy, di dalam kitabnya “Al-Muwafaqat” berkata: “Dan melihat kepada maal (apa yang akan terjadi akhirnya) sesuatu perbuatan adalah sesuatu yang dituntut dan dan diberi perhatian oleh Syarak, sama ada maal itu bersesuaian atau bercanggah dengannya”.



Oleh itu, apabila kita melihat isu ini secara sempurna dan menyeluruh kita mentarjihkan pendapat yang mengatakan haram berdasarkan hujah-hujah yang dibentangkan oleh golongan ini. Pihak yang mengatakan harus, berpegang kepada maslahah yang diharap akan berlaku, sedangkan pihak yang mengatakan haram mengingatkan mafsadah yang akan berlaku. Para ulamak telah menjelaskan bahawa apabila bertentangan antara mafsadah dengan maslahah, mestilah didahulukan dengan menolak atau mengelak mafsadah. Hal ini disebut oleh Ibn Nujaim al-Hanafiy di dalam kitabnya “al-Asybah wa an-Nadzair”: “Menolak mafsadah lebih diutamakan daripada menarik maslahah. Maka apabila berlawanan antara mafsadah dan maslahah, dahulukan menolak mafsadah”. 

Maka bagaimana kalau mafsadah yang akan timbul lebih besar daripada maslahah yang diharapkan? Tentulah menolaknya lebih utama. Al-‘Izz bin Abdus-Salam berkata di dalam kitabnya “Qawaed al-Ahkam”: “Sekiranya mafsadah lebih besar daripada maslahah, kita tolak mafsadah dan tidak perlu peduli dengan hilangnya maslahah”. 



Menolak hujah golongan yang mengatakan harus:


pastedGraphic_6.pdf
1. Qias kepada Nabi menziarahi Mekah untuk menunaikan umrah adalah qias ma’a al-fariq, iaitu qias sesuatu perkara kepada sesuatu yang berbeza dengannya. Kaum Quraisy bukan penjajah kora Mekah. Sebaliknya mereka adalah penduduk tempatan sejak berzaman. Mereka bukan datang dari serata pelusuk dunia untuk menguasai Mekah. Berbeza dengan Yahudi yang menjajah bumi Palestin dengan menggunakan kekerasan, menghalau dan mengusir penduduk asal secara zalim dan tidak bermaruah.
2. Adapun alasan membantu rakyat Palestin dengan bantuan material dan moral, boleh dilakukan dengan menyalurkan bantuan melalui jalan-jalan yang sah dan dipercayai. Dari segi sokongan moral pula, boleh dilakukan dengan mendokong isu Palestin, memberi kesedaran, menyebarkan kefahaman mengenainya dengan pelbagai cara yang sah. Ini boleh meningkatkan sokongan dunia dan mengambil berat mengenainya.
pastedGraphic_7.pdf
3. Kata-kata bahawa mengambil visa tidak bererti mengiktirah Yahudi adalah bercanggah dengan reality. Sedia maklum bahawa kedutaan adalah satu pengiktirafan kepada kewujudan sesebuah Negara. Masuk ke dalam kedutaan dan ambil visa adalah satu bentuk pengiktirafan kepadanya. Lebih-lebih lagi apabila kita mengambil visa bererti kita kena hormat undang-undang mereka dan tidak boleh melakukan perkara yang boleh menyentuh kepentingan mereka. Ini tentunya bercanggah dengan ajaran agama kita. Bagaimana kita boleh mengiktiraf ketuanan mereka di atas bumi umat Islam? Bagaimana kita reda berjanji tidak akan mencemarkan keselamatan mereka di atas bumi Palesti pada hal jihad menentang mereka adalah fardu ain?
pastedGraphic_8.pdf
4. Adapun qias kepada orang dalam Palestin yang keluar masuk itu juga qias ma’a al-fariq. Orang Palestin berinteraksi dengan Yahudi adalah berdasarkan fiqh al-waqi’ dan fiqh adh-dharurah. Mereka tidak boleh keluar dari rumah mereka dan tidak boleh mendapatkan apa-apa dokumen kecuali dengan izin Yahudi. Untuk mereka ada hukum khas yang tidak boleh disamakan dengan muslimin yang tidak berada di bawah penjajahan. Qaedah Fiqhiyyah menegaskan bahawa: “Sesuatu perkara itu apabila telah sempit akan diluaskan” dan “Dharurat (keterpaksaan) mengharuskan yang dilarang”. Maka qaedah ini diaplikasikan ke atas orang Palestin. Ia tidak boleh diaplikasikan ke atas orang lain yang tinggal di luar kerana mereka tidak terperangkap di dalam belenggu penjajahan.
pastedGraphic_9.pdf
5. Adapun hujah untuk mendapat pahala, maka kita boleh mendapatkannya dengan ziarah al-Haramain (Mekah dan Madinah). Di situ pahalanya lebih berganda-ganda lagi berbanding dengan al-Quds. Di samping itu maslahah yang umum, iaitu tidak bekerjasama dengan Yahudi dan memboikot mereka lebih diutamakan daripada maslahah khusus yang diperolehi oleh individu tertentu daripada ziarah itu.



pastedGraphic_10.pdf
Dengan ini jelaslah kepada kita kekuatan hujah pihak yang mengatakan haram berbanding dengan pihak yang mengatakan harus ambil visa dari Yahudi untuk ziarah Masjid al-Aqsa.

والله تعالى اعلم

Nota: Beberapa inisiatif membantu membebaskan Masjidil Aqsa : http://gm2j.com/main/ dan capaian-capaian berkaitan di web di atas.


Sunday, October 6, 2013

MENYINGKAP PERANG OKTOBER 1973 :


MENYINGKAP PERANG OKTOBER 1973 :
Antara kepintaran tentera dan kesombongan ahli politik.

Perang Oktober 1973 atau juga dikenali sebagai Perang Ramadhan  bermula pada hari ini, 6 Oktober, 40 tahun yang lalu. Ia dikenali oleh Mesir dan Syria sebagai operasi Badar, sempena perang Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan. Di Israel ia dikenali sebagai Yom Kippur War kerana berlaku pada hari perayaan Yom Kippur. Ia bermula serentak di dua perbatasan apabila tentera Mesir dan Syria membuat serangan mengejut pada jam 2 petang 6 Oktober keatas Israel untuk mengambil semula Semenanjung Sinai dan Bukit Golan yang dirampas dalam perang 1967. Minggu pertama peperangan dikuasai oleh tentera Mesir tetapi senario berubah pada minggu kedua hingga berlaku gencatan senjata. Diperbatasan Syria pula, kemenangan tentera Syria hanya bertahan sehari sebelum dipatahkan semula oleh Israel.

Permulaan perang menyaksikan pelbagai kepintaran strategi oleh tentera Mesir dan mengejutkan Israel sebelum kemenangan sementara itu dilenyapkan oleh kebodohan tindakan pemimpin politik, samada di Mesir mahupun di Syria. Antara yang utama untuk disebutkan ialah :

1. Peranan `double agent’ (perisik dua muka) Asyraf Marwan.
 Mossad menyangka bahawa Asyraf Marwan adalah perisik mereka yang amat berharga kerana kedudukanya yang rapat dengan Anwar Sadat. Tidak mereka sangka bahawa Asyraf adalah perisik Mesir dan maklumat yang disalurkan kepada Israel adalah yang Mesir kehendaki sahaja.
 Pada 5 Oktober 1973, sehari sebelum perang meletus, Asyaf `membocorkan’ maklumat kepada Israel bahawa Mesir dan Syria akan melancarkan perang pada jam 6 petang, 6 Oktober. Sedangkan Mesir mula melancarkan serangan jam 2 petang, dikala Israel belum bersedia sepenuhnya.
 Kemampuan tentera Mesir menyusupkan seorang agen ke dalam Mossad yang dikenali sebagai agensi perisikan yang disegani didunia amat memalukan Israel.

2. Strategi perang yang mudah, tidak terlalu `ambitious’ tetapi realistik dan tidak disangka.
 Selepas tentera udara Mesir dilumpuhkan dalam perang 1967, Israel beranggapan Mesir tidak mungkin bangkit menentang kembali melainkan setelah tentera udaranya dibina semula. Paling awal dijangka pada 1975. Israel terlalu angkuh selepas kejayaan Perang 1967.
 Mengentahui keadaan ini, Mesir tidak merancang menggunakan kekuatan serangan udara sebagai senjata utama, tetapi mereka membina kekuatan pertahanan udara menggunakan gabungan sistem peluru berpandu Soviet SA-6 dan SA-7 yang terbaru , misil anti-pesawat mudah-alih SAM-7 serta meriam anti-pesawat. Ia digambarkan oleh jeneral udara Israel sebagai sistem pertahanan udara yang terbaik di dunia selepas Soviet Union. Dengan sistem ini mereka membina `air defence umbrella’ :- satu kubah pertahanan udara yang tidak boleh dimasuki oleh jet-jet Israel. Tentera Mesir hanya akan mara dalam linkungan kubah udara ini sahaja dan menggunakannya sebagai `leverage’ untuk merundingkan gencatan senjata dan pengunduran Israel. Dalam percubaan Israel untuk bertindak balas selepas diserang, 35 jet Israel ditembak jatuh dalam tempoh 24 jam pertama. Masuk hari ke 2, Israel kehilangan 1/3 dari 300 jet pejuangnya lalu menghentikan serangan udara. 

3. Menipu kesediaan tentera Israel (Deception).
 Pos kawalan tentera Israel di tebing timur terusan Suez memerhati pergerakan tentera Mesir 24 jam sehari. Sebarang pergerakan besar tentera Mesir akan menimbulkan syak-wasangka.
 Berbulan-bulan sebelum perang, tentera Mesir mengadakan latihan demi latihan disepanjang Terusan Suez termasuk latihan menyeberang. Setelah tentera mengadakan latihan pada waktu siang, mereka pulang ke berek pada waktu malam. Begitulah mereka ulangi sehingga pergerakkan tentera Mesir telah menjadi permandangan biasa kepada tentera Israel. Pada masa yang sama tentera tambahan dibawa pada waktu malam menaiki keretapi. Pada hari serangan, tentera Mesir dilihat bermandi-manda di Terusan Suez seperti biasa. Akhirnya pemerhati tentera Israel tidak menyangka yang disangkakan latihan pada 6 Oktober adalah serangan yang sebenar.

4. Memecah Benteng Bar Lev (Bar Lev Line)
 Bar Lev Line oleh Israel dibina di sepanjang 160km tebing timur Terusan Suez selepas menawan Sinai pada 1967. Sinai akan menjadi zon penampan (buffer zone) antara Mesir dengan Israel sementara Israel mengaut hasil bumi Sinai. Ia terdiri dari benteng pasir dan konkrit setinggi 60-80 kaki dengan kecerunan 45-65 darjah menjadikannya mustahil untuk diseberangi oleh mana-mana kereta kebal. Sebarang percubaan untuk membina jambatan merentasi terusan dan memecahkan benteng akan mengambil masa sekurang-kurangnya 24 hingga 48 jam, cukup untuk Israel menyerang balas.
 Apabila perang bermula, benteng Bar Leb dihujani dengan bedilan meriam berterusan. Ini memberi perlindungan kepada barisan hadapan komando Mesir yang melintasi terusan dengan boat getah (dingy). Dalam masa sejam pertama 14,000 tentera Mesir telah menyeberang terusan dan memanjat benteng. Jambatan terapung (pontoon bridges) dibina untuk diseberangi kereta kebal dan peralatan perang. Tetapi bagaimana untuk melepasi benteng?
 Pada 1971, seorang pegawai muda tentera, Baki Zaki Yousef, memberi idea untuk menembak runtuh benteng pasir Bar Lev menggunakan pam bertekanan tinggi (high presurre pump) denga bekalan air dari terusan. Idea diambil dari pembinaan Empangan Aswan yang sedang berjalan. Ratusan pam dibeli dari Britain dan Jerman sebelum 1973 kononnya untuk kegunaan anggota Bomba. Kombinasi 5 pam boleh memecahkan benteng dalam masa 2 jam sahaja. Dalam masa 24 jam perang bermula, 81 lokasi benteng telah dipecahkan dan 90,000 tentera bersama 850 kereta kebal Mesir telah menyeberangi Terusan Suez.

5. Memusnahkan ketumbukan Kereta Kebal Israel.
 Kekuatan kedua Israel selepas angkatan udaranya adalah ketumbukan kereta kebal. Dengan sikap yang terlalu yakin selepas perang 1967, Israel hanya menempatkan 40 kereta kebal di barisan hadapan terusan Suez. Namun ia disokong oleh pelan pertahanan Sinai, Dovecote, yang mempunyai 300 kereta kebal, 70 meriam dan 1800 tentera. Tetapi pelan ini adalah berdasarkan jangkamasa mobilasi 48 jam.
 Serangan mengejut Mesir dan kepantasan pergerakan yang diluar jangkaan telah memeranjatkan Israel. Apabila pelan Dovecote diaktifkan dan pasukan sokongan ini tiba di Terusan Suez, mereka disambut oleh tentera Mesir yang telah siap berkubu dan unit-unit anti-kereta kebal yang sedia mencari mangsa. Misil anti-kereta kebal mudah-alih 9K11 Malyutka (NATO codename Sagger) digunakan dengan jayanya oleh tentera Mesir. Dengan senjata ini, hanya seorang tentera pejalan kaki diperlukan untuk memusnahkan kereta kebal Israel. Dalam masa 36 jam, 1/3 dari 300 kereta kebal Israel dimusnahkan.
 Unit kereta kebal tentera simpanan Israel tiba pada 8 Oktober untuk membantu. Tanpa sempat mengatur kedudukan, mereka terus memasuki medan perang. Sekali lagi mereka memasuki perangkap tentera Mesir yang sedia menanti. Serangan balas Israel dihentikan dan mereka berundur.

 Malangnya kejayaan tentera Mesir tidak bertahan lama apabila pemimpin politik mula memberi arahan perang tanpa mengendahkan pandangan pimpinan tentera. Ia bermula apabila Syria mulai dikalahkan pada hari kedua perang. Israel tahu mereka tidak mampu menangani 2 medan pertempuran serentak. Israel menumpukan kekuatan ke Bukit Golan kerana ia lebih hampir kepada penduduk Israel. Di Sinai mereka mula bertahan. 

 Dipenghujung hari pertama serangan menampakkan Syria menguasai semula sebahagian besar selatan Bukit Golan. Apabila malam tiba, mereka diarahkan untuk menghentikan serangan dan menyambung esok. Sedangkan pada masa itu medan terbuka luas, barisan depan Israel kucar-kacir dan laluan ke Wadi Jordan tiada pertahanan. Namun tentera Syria dikawal secara kuku besi oleh Presiden Hafiz Al Assad. Tiada siapa berani membuat menukar rancangan atau keputusan melainkan arahan dari Assad. Ruang masa ini diambil oleh Israel untuk mengatur tenteranya semula dan tentera simpanan mulai tiba. Keesokkan harinya Israel telah bersedia untuk menerima serangan Syria. Assad mengeluarkan arahan untuk tentera Syria menyerang mulai jam 8 pagi. Jeneral tentera Syria meminta agar serangan ditangguhkan kerana tentera Israel telah bersedia tetapi tidak diendahkan. Apabila serangan dimulakan pada 7 Oktober tentera Syria menerima tentangan yang sengit dari Israel dan akhirnya terpaksa berundur. Menjelang 10 Oktober, tentera Syria bukan sahaja berundur ke garisan sebelum perang bermula, tetapi tentera Israel memasuki Syria sehingga 20 km dari Damsyik. Kesilapan Assad adalah tidak mengambil peluang untuk mara ketika musuh tidak bersedia dan membuat keputusan untuk menyerang ketika musuh siap menunggu walaupun cuba dibantah oleh jeneral tentera Syria.
 Apabila Assad mula terasa tertekan, beliau menghubungi Presiden Anwar Sadat untuk terus menyerang Israel agar sebahagian kekuatan Israel akan mula beralih dari Syria ke Mesir. Dikala itu tentera Mesi telah mengusai medan dan mereka berkubu dalam lingkungan kubah pertahanan udara seperti yang dirancang.
 Terdesak dengan rayuan Assad, Anwar Sadat mengarahkan 2 division kereta kebal Mesir yang mengawal barisan belakang di tebing barat Terusan Suez untuk menyeberangi terusan dan terus mara melangkaui linkungan pertahanan udara. Arahan ini dibantah oleh Ketua Turus Tentera Mesir General Saad As Syazli. Bantahan tersebut tidak diendahkan dan Sadat tetap berkeras. Arahan Sadat tersebut ternyata menjadi persimpangan nasib tentera Mesir. Ketumbukan kereta kebal Mesir yang keluar dari perlindungan pertahanan udara memang dinantikan oleh kereta kebal, meriam dan unit anti-kereta kebal Israel yang dilengkapi dengan `TOW missiles’ buatan Amerika serta jet pejuang Israel yang tidak lagi diancam oleh sistem pertahan udara Mesir. Jam 6 pagi, 14 Oktober bermulalah pertempuran kereta kebal yang terbesar dalam sejarah selepas Perang Dunia Kedua. 2000 kereta kebal bertempur secara terbuka disepanjang 160 km. Menjelang malam Mesir kehilangan 264 kereta kebal manakala Israel tidak sampai 20 buah.
 Pada masa yang sama, tentera Israel diketuai oleh General Ariel Sharom mengambil peluang untuk menembusi ke belakang barisan pertahan Mesir dan menyeberang ke tebing barat Terusan Suez. Matlamatnya adalah memusnahkan sistem pertahanan udara Mesir seterusnya membuka laluan kepada serangan jet pejuang Israel. Mereka berjaya membolos pertahanan Mesir melalui ruang antara Ketumbukan ke 2 tentera Mesir di utara Suez dan Ketumbukan ke 3 di selatan. Mereka menghadapi tentangan yang minima kerana tulang belakang pertahanan Mesir telah dihantar oleh Sadat ke garisan hadapan. Sekali lagi permintaan General Syazli untuk mengundurkan sebahagian tentera membantu barisan belakang dibantah oleh Sadat bahkan General Syazli sendiri akhirnya senyap-senyap dilucutkan jawatan. Tanpa pertahanan yang kuat, sistem udara Mesir diserang dengan mudah, memecahkan kubah yang melindungi tentera Mesir. 
 Mesir dan Israel mula bersetuju dengan gencatan senjata yang akhirnya diisytiharkan pada 22 October. Tapi melihat peluang dihadapan mata, Israel meneruskan kemaraan. Menjelang 23 Oktober, tentera Israel berjaya mengepung Ketumbukan ke 3 tentera Mesir dari belakang. 20,000 tentera Mesir dikepung. Setelah beberapa hari tanpa makanan, tanpa peluru, tanpa bekalan minyak dan ramai yang cedera tidak diubati, sebahagian tentera Mesir mula menyerah kepada Israel.
 Dalam usaha untuk menyelamatkan Mesir, Soviet Union mengugut untuk menghantar tenteranya jika tentera pengaman tidak dihantar ke Mesir. Akhirnya bersama tekanan antarabangsa, Israel akur dengan gencatan senjata dan Perang Oktober 1973 berakhir pada 25 Oktober.

 Arahan Presiden Assad yang angkuh dengan kemenangan sehari dan arahan Presiden Sadat yang mulai tamak dengan kejayaan sementara, walaupun dinasihati dan dibantah oleh pimpinan tentera, terbukti menjadi persimpangan yang mengubah senario perang menyebelahi Israel.

 Selepas perang, General Saad al Syazli dilantik sebagai duta Mesir ke Britain dan Portugal, tetapi apabila beliau membantah perjanjian Camp David, beliau sekali lagi dilucutkan jawatan dan hidup dalam buangan di Algeria. Bagaimanakah mungkin Anwar Sadat berdabik dada dengan kemenangan Perang Oktober seolah ia milik beliau sedangkan akitek kemenangan tersebut dipecat dengan hina bahkan kerana tindakan Sadatlah yang mengubah kemenangan tentera Mesir kepada kekalahan demi kekalahan dalam hari-hari seterusnya.

 Sebenarnya perkara yang sama juga berlaku di pihak Israel. Sebaik saja Israel mendapat maklumat Mesir dan Syria akan menyerang, General Moshe Dayan meminta kebenaran untuk melancarkan serangan udara mengejut (pre-emptive strike) sebelum perang bermula. Tapi permintaan itu ditolak oleh Perdana Menteri Israel Golda Meyer atas alasan Israel akan dilihat sebagai yang memulakan perang seperti 1967. Senario perang mungkin berubah jika Israel yang memulakan serangan udara atau mungkin saja tidak kerana pertahan udara Mesir telah siap menunggu.

6 Oktober 2013

Ar. Syed Mohd Radhi Syed Sakkaf
Pengerusi J/k Pembelaan Ummah
Pertubuhan IKRAM Negeri Selangor.
Antara kepintaran tentera dan kesombongan ahli politik. Perang Oktober 1973 atau juga dikenali sebagai Perang Ramadhan bermula pada hari ini, 6 Oktober, 40 tahun yang lalu. Ia dikenali oleh Mesir dan Syria sebagai operasi Badar, sempena perang Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan. Di Israel ia dikenali sebagai Yom Kippur War kerana berlaku pada hari perayaan Yom Kippur. Ia bermula serentak di dua perbatasan apabila tentera Mesir dan Syria membuat serangan mengejut pada jam 2 petang 6 Oktober keatas Israel untuk mengambil semula Semenanjung Sinai dan Bukit Golan yang dirampas dalam perang 1967. 

Minggu pertama peperangan dikuasai oleh tentera Mesir tetapi senario berubah pada minggu kedua hingga berlaku gencatan senjata. Diperbatasan Syria pula, kemenangan tentera Syria hanya bertahan sehari sebelum dipatahkan semula oleh Israel. Permulaan perang menyaksikan pelbagai kepintaran strategi oleh tentera Mesir dan mengejutkan Israel sebelum kemenangan sementara itu dilenyapkan oleh kebodohan tindakan pemimpin politik, samada di Mesir mahupun di Syria. Antara yang utama untuk disebutkan ialah : 

1. Peranan `double agent’ (perisik dua muka) Asyraf Marwan. Mossad menyangka bahawa Asyraf Marwan adalah perisik mereka yang amat berharga kerana kedudukanya yang rapat dengan Anwar Sadat. Tidak mereka sangka bahawa Asyraf adalah perisik Mesir dan maklumat yang disalurkan kepada Israel adalah yang Mesir kehendaki sahaja. Pada 5 Oktober 1973, sehari sebelum perang meletus, Asyaf `membocorkan’ maklumat kepada Israel bahawa Mesir dan Syria akan melancarkan perang pada jam 6 petang, 6 Oktober. Sedangkan Mesir mula melancarkan serangan jam 2 petang, dikala Israel belum bersedia sepenuhnya. Kemampuan tentera Mesir menyusupkan seorang agen ke dalam Mossad yang dikenali sebagai agensi perisikan yang disegani didunia amat memalukan Israel. 

2. Strategi perang yang mudah, tidak terlalu `ambitious’ tetapi realistik dan tidak disangka. Selepas tentera udara Mesir dilumpuhkan dalam perang 1967, Israel beranggapan Mesir tidak mungkin bangkit menentang kembali melainkan setelah tentera udaranya dibina semula. Paling awal dijangka pada 1975. Israel terlalu angkuh selepas kejayaan Perang 1967. Mengentahui keadaan ini, Mesir tidak merancang menggunakan kekuatan serangan udara sebagai senjata utama, tetapi mereka membina kekuatan pertahanan udara menggunakan gabungan sistem peluru berpandu Soviet SA-6 dan SA-7 yang terbaru , misil anti-pesawat mudah-alih SAM-7 serta meriam anti-pesawat. Ia digambarkan oleh jeneral udara Israel sebagai sistem pertahanan udara yang terbaik di dunia selepas Soviet Union. Dengan sistem ini mereka membina `air defence umbrella’ :- satu kubah pertahanan udara yang tidak boleh dimasuki oleh jet-jet Israel. Tentera Mesir hanya akan mara dalam linkungan kubah udara ini sahaja dan menggunakannya sebagai `leverage’ untuk merundingkan gencatan senjata dan pengunduran Israel. Dalam percubaan Israel untuk bertindak balas selepas diserang, 35 jet Israel ditembak jatuh dalam tempoh 24 jam pertama. Masuk hari ke 2, Israel kehilangan 1/3 dari 300 jet pejuangnya lalu menghentikan serangan udara. 

3. Menipu kesediaan tentera Israel (Deception). Pos kawalan tentera Israel di tebing timur terusan Suez memerhati pergerakan tentera Mesir 24 jam sehari. Sebarang pergerakan besar tentera Mesir akan menimbulkan syak-wasangka. Berbulan-bulan sebelum perang, tentera Mesir mengadakan latihan demi latihan disepanjang Terusan Suez termasuk latihan menyeberang. Setelah tentera mengadakan latihan pada waktu siang, mereka pulang ke berek pada waktu malam. Begitulah mereka ulangi sehingga pergerakkan tentera Mesir telah menjadi permandangan biasa kepada tentera Israel. Pada masa yang sama tentera tambahan dibawa pada waktu malam menaiki keretapi. Pada hari serangan, tentera Mesir dilihat bermandi-manda di Terusan Suez seperti biasa. Akhirnya pemerhati tentera Israel tidak menyangka yang disangkakan latihan pada 6 Oktober adalah serangan yang sebenar. 

4. Memecah Benteng Bar Lev (Bar Lev Line) Bar Lev Line oleh Israel dibina di sepanjang 160km tebing timur Terusan Suez selepas menawan Sinai pada 1967. Sinai akan menjadi zon penampan (buffer zone) antara Mesir dengan Israel sementara Israel mengaut hasil bumi Sinai. Ia terdiri dari benteng pasir dan konkrit setinggi 60-80 kaki dengan kecerunan 45-65 darjah menjadikannya mustahil untuk diseberangi oleh mana-mana kereta kebal. Sebarang percubaan untuk membina jambatan merentasi terusan dan memecahkan benteng akan mengambil masa sekurang-kurangnya 24 hingga 48 jam, cukup untuk Israel menyerang balas. Apabila perang bermula, benteng Bar Leb dihujani dengan bedilan meriam berterusan. Ini memberi perlindungan kepada barisan hadapan komando Mesir yang melintasi terusan dengan boat getah (dingy). Dalam masa sejam pertama 14,000 tentera Mesir telah menyeberang terusan dan memanjat benteng. Jambatan terapung (pontoon bridges) dibina untuk diseberangi kereta kebal dan peralatan perang. Tetapi bagaimana untuk melepasi benteng? Pada 1971, seorang pegawai muda tentera, Baki Zaki Yousef, memberi idea untuk menembak runtuh benteng pasir Bar Lev menggunakan pam bertekanan tinggi (high presurre pump) denga bekalan air dari terusan. Idea diambil dari pembinaan Empangan Aswan yang sedang berjalan. Ratusan pam dibeli dari Britain dan Jerman sebelum 1973 kononnya untuk kegunaan anggota Bomba. Kombinasi 5 pam boleh memecahkan benteng dalam masa 2 jam sahaja. Dalam masa 24 jam perang bermula, 81 lokasi benteng telah dipecahkan dan 90,000 tentera bersama 850 kereta kebal Mesir telah menyeberangi Terusan Suez. 

5. Memusnahkan ketumbukan Kereta Kebal Israel. Kekuatan kedua Israel selepas angkatan udaranya adalah ketumbukan kereta kebal. Dengan sikap yang terlalu yakin selepas perang 1967, Israel hanya menempatkan 40 kereta kebal di barisan hadapan terusan Suez. Namun ia disokong oleh pelan pertahanan Sinai, Dovecote, yang mempunyai 300 kereta kebal, 70 meriam dan 1800 tentera. Tetapi pelan ini adalah berdasarkan jangkamasa mobilasi 48 jam. Serangan mengejut Mesir dan kepantasan pergerakan yang diluar jangkaan telah memeranjatkan Israel. Apabila pelan Dovecote diaktifkan dan pasukan sokongan ini tiba di Terusan Suez, mereka disambut oleh tentera Mesir yang telah siap berkubu dan unit-unit anti-kereta kebal yang sedia mencari mangsa. Misil anti-kereta kebal mudah-alih 9K11 Malyutka (NATO codename Sagger) digunakan dengan jayanya oleh tentera Mesir. Dengan senjata ini, hanya seorang tentera pejalan kaki diperlukan untuk memusnahkan kereta kebal Israel. Dalam masa 36 jam, 1/3 dari 300 kereta kebal Israel dimusnahkan. Unit kereta kebal tentera simpanan Israel tiba pada 8 Oktober untuk membantu. Tanpa sempat mengatur kedudukan, mereka terus memasuki medan perang. Sekali lagi mereka memasuki perangkap tentera Mesir yang sedia menanti. Serangan balas Israel dihentikan dan mereka berundur. 

Malangnya kejayaan tentera Mesir tidak bertahan lama apabila pemimpin politik mula memberi arahan perang tanpa mengendahkan pandangan pimpinan tentera. Ia bermula apabila Syria mulai dikalahkan pada hari kedua perang. Israel tahu mereka tidak mampu menangani 2 medan pertempuran serentak. Israel menumpukan kekuatan ke Bukit Golan kerana ia lebih hampir kepada penduduk Israel. Di Sinai mereka mula bertahan. Dipenghujung hari pertama serangan menampakkan Syria menguasai semula sebahagian besar selatan Bukit Golan. Apabila malam tiba, mereka diarahkan untuk menghentikan serangan dan menyambung esok. Sedangkan pada masa itu medan terbuka luas, barisan depan Israel kucar-kacir dan laluan ke Wadi Jordan tiada pertahanan. Namun tentera Syria dikawal secara kuku besi oleh Presiden Hafiz Al Assad. Tiada siapa berani membuat menukar rancangan atau keputusan melainkan arahan dari Assad. Ruang masa ini diambil oleh Israel untuk mengatur tenteranya semula dan tentera simpanan mulai tiba. 

Keesokkan harinya Israel telah bersedia untuk menerima serangan Syria. Assad mengeluarkan arahan untuk tentera Syria menyerang mulai jam 8 pagi. Jeneral tentera Syria meminta agar serangan ditangguhkan kerana tentera Israel telah bersedia tetapi tidak diendahkan. Apabila serangan dimulakan pada 7 Oktober tentera Syria menerima tentangan yang sengit dari Israel dan akhirnya terpaksa berundur. Menjelang 10 Oktober, tentera Syria bukan sahaja berundur ke garisan sebelum perang bermula, tetapi tentera Israel memasuki Syria sehingga 20 km dari Damsyik. Kesilapan Assad adalah tidak mengambil peluang untuk mara ketika musuh tidak bersedia dan membuat keputusan untuk menyerang ketika musuh siap menunggu walaupun cuba dibantah oleh jeneral tentera Syria. Apabila Assad mula terasa tertekan, beliau menghubungi Presiden Anwar Sadat untuk terus menyerang Israel agar sebahagian kekuatan Israel akan mula beralih dari Syria ke Mesir. 

Dikala itu tentera Mesi telah mengusai medan dan mereka berkubu dalam lingkungan kubah pertahanan udara seperti yang dirancang. Terdesak dengan rayuan Assad, Anwar Sadat mengarahkan 2 division kereta kebal Mesir yang mengawal barisan belakang di tebing barat Terusan Suez untuk menyeberangi terusan dan terus mara melangkaui linkungan pertahanan udara. Arahan ini dibantah oleh Ketua Turus Tentera Mesir General Saad As Syazli. Bantahan tersebut tidak diendahkan dan Sadat tetap berkeras. Arahan Sadat tersebut ternyata menjadi persimpangan nasib tentera Mesir. Ketumbukan kereta kebal Mesir yang keluar dari perlindungan pertahanan udara memang dinantikan oleh kereta kebal, meriam dan unit anti-kereta kebal Israel yang dilengkapi dengan `TOW missiles’ buatan Amerika serta jet pejuang Israel yang tidak lagi diancam oleh sistem pertahan udara Mesir. Jam 6 pagi, 14 Oktober bermulalah pertempuran kereta kebal yang terbesar dalam sejarah selepas Perang Dunia Kedua. 2000 kereta kebal bertempur secara terbuka disepanjang 160 km. Menjelang malam Mesir kehilangan 264 kereta kebal manakala Israel tidak sampai 20 buah. 

Pada masa yang sama, tentera Israel diketuai oleh General Ariel Sharom mengambil peluang untuk menembusi ke belakang barisan pertahan Mesir dan menyeberang ke tebing barat Terusan Suez. Matlamatnya adalah memusnahkan sistem pertahanan udara Mesir seterusnya membuka laluan kepada serangan jet pejuang Israel. Mereka berjaya membolos pertahanan Mesir melalui ruang antara Ketumbukan ke 2 tentera Mesir di utara Suez dan Ketumbukan ke 3 di selatan. Mereka menghadapi tentangan yang minima kerana tulang belakang pertahanan Mesir telah dihantar oleh Sadat ke garisan hadapan. Sekali lagi permintaan General Syazli untuk mengundurkan sebahagian tentera membantu barisan belakang dibantah oleh Sadat bahkan General Syazli sendiri akhirnya senyap-senyap dilucutkan jawatan. 

Tanpa pertahanan yang kuat, sistem udara Mesir diserang dengan mudah, memecahkan kubah yang melindungi tentera Mesir. Mesir dan Israel mula bersetuju dengan gencatan senjata yang akhirnya diisytiharkan pada 22 October. Tapi melihat peluang dihadapan mata, Israel meneruskan kemaraan. Menjelang 23 Oktober, tentera Israel berjaya mengepung Ketumbukan ke 3 tentera Mesir dari belakang. 20,000 tentera Mesir dikepung. Setelah beberapa hari tanpa makanan, tanpa peluru, tanpa bekalan minyak dan ramai yang cedera tidak diubati, sebahagian tentera Mesir mula menyerah kepada Israel. Dalam usaha untuk menyelamatkan Mesir, Soviet Union mengugut untuk menghantar tenteranya jika tentera pengaman tidak dihantar ke Mesir. 

Akhirnya bersama tekanan antarabangsa, Israel akur dengan gencatan senjata dan Perang Oktober 1973 berakhir pada 25 Oktober. Arahan Presiden Assad yang angkuh dengan kemenangan sehari dan arahan Presiden Sadat yang mulai tamak dengan kejayaan sementara, walaupun dinasihati dan dibantah oleh pimpinan tentera, terbukti menjadi persimpangan yang mengubah senario perang menyebelahi Israel. Selepas perang, General Saad al Syazli dilantik sebagai duta Mesir ke Britain dan Portugal, tetapi apabila beliau membantah perjanjian Camp David, beliau sekali lagi dilucutkan jawatan dan hidup dalam buangan di Algeria. Bagaimanakah mungkin Anwar Sadat berdabik dada dengan kemenangan Perang Oktober seolah ia milik beliau sedangkan akitek kemenangan tersebut dipecat dengan hina bahkan kerana tindakan Sadatlah yang mengubah kemenangan tentera Mesir kepada kekalahan demi kekalahan dalam hari-hari seterusnya. 

Sebenarnya perkara yang sama juga berlaku di pihak Israel. Sebaik saja Israel mendapat maklumat Mesir dan Syria akan menyerang, General Moshe Dayan meminta kebenaran untuk melancarkan serangan udara mengejut (pre-emptive strike) sebelum perang bermula. Tapi permintaan itu ditolak oleh Perdana Menteri Israel Golda Meyer atas alasan Israel akan dilihat sebagai yang memulakan perang seperti 1967. Senario perang mungkin berubah jika Israel yang memulakan serangan udara atau mungkin saja tidak kerana pertahan udara Mesir telah siap menunggu. 

6 Oktober 2013 
Ar. Syed Mohd Radhi Syed Sakkaf Pengerusi
J/k Pembelaan Ummah Pertubuhan IKRAM Negeri Selangor.