Tuesday, August 5, 2014

ANALISIS RINGKAS PERANG DI GAZA (RAMADHAN-SYAWAL 1435H)


Perang di Gaza bukanlah satu fenomena baru. Sejak HAMAS berjaya menguasai sepenuhnya wilayah seluas 360 km persegi itu pada tahun 2007, Gaza telah menjadi sasaran utama Zionis Israel dalam usaha mengekang kebangkitan intifada Palestin. Israel menyerang Gaza untuk mengingatkan rakyat  Palestin bahawa kebangkitan mereka akan hanya berakhir dengan kematian anak-anak dan isteri mereka. Israel akan memastikan kebangkitan mereka terpaksa dibayar dengan harga yang mahal.

Perang baru yang tercetus di Gaza pada 10 Ramadhan lalu (8 Julai 2014) – Perang Asfim Ma’akul (nama yang diberikan pejuang HAMAS) atau Operation Protective Edge (nama yang diberikan rejim Zionis Israel), merupakan yang ketiga seumpamanya dalam tempoh 6 tahun. Perang pertama - Perang Furqan atau Operation Cast Lead, berlaku pada Disember 2008 dan berlarutan hingga Januari 2009. Perang kedua - Perang Hijaratus Sijjil atau Operation Pillar of Clouds, berlaku pada November 2012. Dalam ketiga-tiga perang ini, Zionis Israel telah membuat provokasi dan mencipta alasan untuk menghalalkan serangannya ke atas Gaza.

Provokasi dan Justifikasi Israel Melancarkan Perang Baru

Media antarabangsa rata-rata mengaitkan insiden kehilangan 3 remaja Yahudi di Hebron, Tebing Barat pada 12 Jun lalu sebagai punca kepada serangan terbaru Israel ke atas Gaza. Israel pantas menuduh HAMAS sebagai dalang di sebalik insiden ini sungguhpun tanpa bukti kukuh lantas melancarkan Operation Brother’s Keeper selama 18 hari (13-30 Jun 2014) yang menyaksikan lebih 13 orang rakyat Palestin terkorban, 1,000 cedera dan lebih 600 orang ditahan (60% adalah ahli dan pemimpin HAMAS). Hebron dikenakan perintah berkurung sementara 2,100 rumah dan premis digeledah. Kerugian dianggarkan mencecah hampir 3 juta dolar Amerika.

Operasi Brother’s Keeper mendedahkan muslihat sebenar Israel memulakan perang pada hari ini iaitu untuk memberikan tekanan kepada HAMAS dan menggagalkan perdamaian HAMAS-Fatah. Kedua-dua pihak telah menandatangani Perjanjian as-Shati’ pada 23 April lalu bagi menamatkan perseteruan mereka dan berusaha ke arah pembentukan Kerajaan Perpaduan Palestin. Perdamaian ini menyebabkan Israel hilang rakan damainya (Fatah) dan meningkatkan kemungkinan pengukuhan kedudukan HAMAS. Tembelang Israel akhirnya terbongkar apabila siasatan mengesahkan bahawa 3 remaja Yahudi yang hilang dan kemudian dijumpai mati itu bukan angkara HAMAS.

Namun, Israel mendapat momentum baru apabila ‘price-tag attack’ kumpulan ekstremis Yahudi yang ingin membalas dendam kematian 3 remaja Yahudi yang hilang sebelum ini berakhir dengan kematian tragis remaja Palestin, Muhammad Abu Khdeir, 16 tahun yang diculik dan dibakar hidup-hidup. Insiden ini telah menaikkan kemarahan penduduk Palestin yang bertindak balas melancarkan rusuhan di seluruh Tebing Barat dan serangan roket dari Gaza. Respon ini telah dijadikan justifikasi oleh Israel untuk melancarkan perang baru ke atas Gaza seperti yang kita lihat pada hari ini.

Israel Sasar Keluarga dan Kanak-kanak untuk Lemahkan Sokongan Rakyat ke atas HAMAS

Sejak hari pertama Perang Asfim Ma’akul, tentera Zionis Israel dilihat sengaja mensasarkan serangan ke kawasan penempatan awam yang menyaksikan banyak keluarga dan golongan kanak-kanak terkorban. Setakat hari ke-20 (27 Julai 2014), Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan bahawa Israel telah mensasarkan serangan ke atas 52 keluarga Palestin yang mengakibatkan 285 korban. Antara keluarga yang menjadi sasaran Zionis Israel ialah keluarga al-Astal (15 orang, Khan Younis), al-Batsh (17 orang, Bandar Gaza), Abu Jame (26 orang, Khan Younis), Siyam (11 orang, Rafah) dan al-Hilw (11 orang, al-Shujaiyyah).

Statistik setakat hari ke-28 (4 Ogos 2014 bersamaan 3 Syawal 1435H) menunjukkan 426 daripada 1,865 (22.8%) jumlah korban dan 2,877 daripada 9,563 (30%) jumlah mereka yang cedera adalah dari kalangan kanak-kanak. Malah hampir 70% yang tercedera dijangka akan menderita kecacatan kekal kesan penggunaan senjata haram oleh Israel. Jika statistik ini tidak cukup menjadi bukti Israel sengaja mensasarkan kanak-kanak, insiden pengeboman 4 orang kanak-kanak di pantai (16 Julai), 3 orang di atas bumbung rumah (18 Julai) dan 8 orang di taman permainan (28 Julai/1 Syawal) sudah cukup untuk mengheret Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Statistik sehingga hari ini juga menunjukkan 475,000 orang warga Gaza kini terpaksa menjadi pelarian sama ada akibat rumah musnah atau bimbang menjadi sasaran serangan Israel. Serangan Israel setakat hari ke-28 telah memusnahkan 10,604 buah rumah, 24 buah hospital, 188 buah sekolah, 134 buah masjid, 22 pertubuhan kebajikan, 8 buah pusat sistem kumbahan dan 6 buah universiti. Kerugian setakat ini dianggarkan mencecah 5 bilion dolar Amerika (RM 15.5 bilion).

Wewenang Israel Dalam Tempoh Gencatan Senjata

Data daripada UNOCHA, Jerusalem Fund dan AntiWar.com jelas membuktikan tindakan Israel yang sering mengapi-apikan suasana dan mengajak HAMAS beradu kekuatan bagi menguatkan tuduhan dan label pengganas ke atas HAMAS. Ancaman roket HAMAS sengaja dibesar-besarkan sedangkan statistik jelas menunjukkan penurunan mendadak jumlah roket yang dilancarkan ke arah Israel sejak gencatan senjata pasca Perang Hijaratus Sijjil pada 2012. Kalau ada pun roket yang dilancarkan, ia hanyalah serangan balas fraksi-fraksi mujahidin selain HAMAS berikutan provokasi Israel.

Sebelum perang hari ini, Israel sudah lebih 200 kali mencabuli gencatan senjata yang ditandatangani pada November 2012. Dari November 2012 hingga Februari 2014, provokasi Israel telah menyebabkan 8 orang rakyat Palestin terkorban, 120 cedera, berpuluh-puluh rumah dirobohkan, tanah dirampas, ladang dimusnahkan dan sekatan ke atas keperluan harian (bahan api, air bersih, makanan, bahan binaan) diteruskan bertentangan dengan syarat-syarat gencatan senjata juga undang-undang antarabangsa.

Dengan kata lain, Israel telah lama mencabuli gencatan senjata 2012 dan menggunakan hubungan istimewanya dengan Amerika Syarikat untuk memastikan tindakannya sentiasa dibela. Pencabulan-pencabulan ini tidak mendapat perhatian pihak media kerana naratif berbeza akan dikecam sebagai anti-semitik dan pro-keganasan oleh kumpulan lobi Israel. Fokus hanya diberikan kepada tindakan (baca: serangan) Israel untuk mempertahankan diri daripada serangan roket HAMAS yang mengancam keamanan mereka.

Dalam perang kali ini, Israel telah bertindak lebih kejam dengan mempermain-mainkan malah melakukan penipuan dalam waktu gencatan senjata kemanusiaan. Bermula dengan sandiwara mereka bersetuju secara unilateral dengan tawaran gencatan senjata dari pihak Mesir pada 14 Julai 2014, Israel meneruskan kelicikan mereka dengan menyerang Gaza di pinggir waktu (beberapa jam atau minit sebelum dan selepas) gencatan senjata kemanusiaan (humanitarian ceasefire) hingga menyebabkan beratus-ratus rakyat Palestin terkorban dalam waktu yang singkat. Terbaru, Israel memperdaya seluruh dunia untuk menghentikan serangan selama 72 jam bermula pada 1 Ogos (5 Syawal 1435H) tetapi mereka bertindak mencabuli gencatan senjata ini seawal jam pertama atas alasan tentera mereka, Hadar Goldin diculik oleh HAMAS. Bukti kemudian mengesahkan Hadar terkorban dan bukannya diculik.

Disediakan oleh: Palestine Centre of Excellence (PACE), Unit Penyelidikan Aqsa Syarif Berhad.

Sumber:

1.       It Turns Out Hamas May Not Have Kidnapped and Killed the 3 Israeli Teens After All : http://nym.ag/UsIhlZ
2.       Israel’s war on the Palestinian people in Gaza :  http://bit.ly/1m0DfDx
3.       Israel's Operation Protective Edge: Why now? : http://bit.ly/UY49Wt
4.       Operation Protective Edge: Reading between the lines : http://bit.ly/1s8Acyi
5.       Israel, not Hamas, is the serial truce-breaker : http://bit.ly/1kow48O
6.       Euromid Observer for Human Rights : https://www.facebook.com/euromid
7.       List of families targeted by Israeli shellings, airstrikes : http://bit.ly/1qdPv7u
8.   Israel is using three internationally banned weapons in Gaza : http://bit.ly/1pVajPD
9.       Gaza plastic surgeons overwhelmed by war injuries : http://bit.ly/1uhtPtL
10. Israel has caused '$5 billion' damage to Gaza homes, infrastructure : http://bit.ly/1zO8xH6
11.    Ceasefire ends amid intense Rafah clashes : http://bit.ly/UF5H83
12.    Israel says missing soldier killed in battle, body still missing : http://bit.ly/1o8f0Kz

"Memperkasa Ummah, Membebaskan Al-Aqsa"

Khalid bin Jimat

Pegawai Penyelidik
Unit R&D Aqsa Syarif Berhad
Palestine Centre of Excellence (PACE)
18 Jalan Damai Mewah 2
Taman Damai Mewah
43000 Kajang
Hp : 60
13 389 4705
Tel off : 03 87334636
Fax off: 03 87349636
Facebook: https://www.facebook.com/palestinecentreofexcellence

Wednesday, July 2, 2014

Kanak-Kanak Palestin Di Penjara Israel

Report: Israel detained 3,000 Palestinian children since 2010 

Palestinian child detainee 

Israeli forces arrested nearly 3,000 Palestinian children from the beginning of 2010 to mid-2014, the majority of them between the ages of 12 and 15 years old, Addustour newspaper published a new report saying yesterday.

The Euro-Mediterranean Human Rights Network (EMHRN)'s report documented dozens of video recorded testimonies of children arrested during the first months of 2014, pointing out that 75 per cent of the detained children are subjected to physical torture and 25 per cent faced military trials.
The report revealed details of the children's suffering, starting with the arbitrary arrests which are in violation of the Convention on the Rights of the Child to which Israel ratified in 1991. The report listed a series of violations practiced by Israeli forces against children during the arrest process itself, where the Israeli forces raid the children's homes aftermidnight as they sleep using actions that terrorise the child and his family, without clear justification or an actual security need.
The Geneva-based watchdog said: "The majority of the detained children were subjected to threats and physical torture including beatings during the investigation. The Israeli authorities responsible for the investigation often use 'isolation' against one in every five detained children, as a means of pressure during the investigations which may extend to 10 days on average and up to 30 days in some cases."
During the "isolation", the report points out, the investigating authorities place the child alone in "narrow cells" and do not allow anyone to meet him, including in some cases his lawyer.
The organisation called on international bodies and human rights organisations to stop Israeli violations against Palestinian children and stressed on the need for Israeli authorities to hold the children's trials in the occupied Palestinian territories to give their families and lawyers the opportunity to meet them and accompany them during the interrogations and to ensure that they are not subjected to torture, and to provide them with fair compensation in case it is demonstrated that their detention was arbitrary.
It called on all parties who have signed the Geneva Convention and related international institutions to "practice the largest possible pressure against Israel, including denying it from financial agreements and aid to immediately stop its human rights violations".
EMHRN researcher Sandra Owen said that at least 1,406 Palestinian children have been killed since 2000, including 263 children under the age of eight and 450 children under the age of 15.
Over the past three weeks, the Israeli army raid more than 1,500 Palestinian homes and places of business and arrested more than 600 Palestinians following the apparent disappearance of three settlers in Hebron.

 



https://www.middleeastmonitor.com/news/middle-east/12500-report-israel-detains-3000-palestinian-children-annually

Friday, May 16, 2014

HARI INI DALAM SEJARAH | 15 MEI 1948 | AN-NAKBAH : MALAPETAKA BESAR


“Sebuah masyarakat yang telah menetap lebih 1,000 tahun di situ telah dimusnahkan, dihalau, dan dipaksa merempat di serata Timur Tengah. Rakyat Palestin lari atas sebab yang sama semua pelarian perang lari – untuk menyelamatkan nyawa dan melindungi anak-anak mereka, juga kerana di sesetengah tempat Israel melakukan jenayah penghapusan etnik.”
Jeremy Bowen, Six Days


Mimpi indah Zionis akhirnya terlaksana pada 14 Mei 1948 setelah lebih setengah abad Theodore Hertzl mengilhamkan penubuhan negara Yahudi di bumi barakah Palestin. Bumi yang mendapat julukan ‘tanah yang dijanjikan Tuhan Yahweh untuk Yahudi’ itu kini beralih-tangan kepada Yahudi setelah hampir 1,300 tahun* ia berada di bawah naungan kerajaan Khalifah Islam; pemerintahan paling lama dan paling cemerlang pernah direkodkan di Palestin.
Walau bagaimanapun, mimpi indah ini tidak mungkin terlaksana tanpa operasi penghapusan etnik (ethnic cleansing) dan pembunuhan beramai-ramai (massacre)* rakyat awam Palestin oleh tentera gerila Zionis – Haganah, Irgun, Stern Gang (Lehi) dan Palmach. Dianggarkan lebih 700,000 orang rakyat Palestin menjadi pelarian perang dek keganasan Zionis Israel ini. Kini populasi pelarian Palestin di kem-kem pelarian dan diseluruh pelusuk dunia telah mencecah 7 juta orang!
Jumlah sebenar korban an-Nakbah tidak dapat dipastikan*.
Dengan kata lain, permulaan kegembiraan Zionis Yahudi adalah permulaan derita buat rakyat Palestin. Penderitaan ini setaraf – jika tidak lebih teruk, dengan penderitaan masyarakat Yahudi yang hidup bertaburan di seluruh dunia dek tamparan anti-semitisme di Eropah dan holokos* semasa Perang Dunia Kedua. Justeru, bagi memperingatinya rakyat Palestin mengisytiharkan 15 Mei sebagai hari malapetaka.

Hari ini dunia sibuk memperkatakan tentang keperluan mengakhiri konflik Israel-Palestin. Malangnya pemimpin dunia dilihat tunduk kepada tuntutan Zionis supaya rakyat Palestin mengiktiraf kewujudan negara Israel sebagai salah satu daripada syarat perdamaian sedang dalam waktu yang sama tidak ramai yang sedia mengiktiraf jenayah an-Nakbah yang dilakukan oleh Zionis Israel. Perbincangan tentang an-Nakbah dilihat sebagai ancaman kepada inisiatif damai.

Malah, mereka yang membangkitkannya dituduh anti-semitik walhal hakikat sebenar adalah sebaliknya.
Perdamaian Israel-Palestin tidak akan dapat dicapai tanpa pengiktirafan ke atas An-Nakbah. An-Nakbah tidak lain dan tidak bukan menuntut kita semua mengiktiraf jenayah yang berlaku ke atas rakyat Palestin agar nasib mereka benar-benar dapat dibela. An-Nakbah dapat menjelaskan dengan jujur dan komprehensif bentuk ganti-rugi yang berhak mereka peroleh. Hutang an-Nakbah perlu dilangsaikan sebelum sebarang usaha damai akan mendapat sokongan penuh rakyat Palestin. Jika tidak usaha damai akan hanya tinggal omong kosong politikus populis.

* Baitul Makdis dan beberapa kota utama di Palestin berada di bawah pemerintahan Kristian selama 88 tahun (1099-1187) sebelum diambil semula oleh Salahuddin al-Ayyubi.
* Rekod menunjukkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 34 tragedi pembunuhan beramai-ramai rakyat awam Palestin telah dilakukan oleh tentera Zionis.
* Rekod menunjukkan ‘massacre’ terbesar dilaporkan berlaku di Masjid Dahmash yang mengorbankan 426 rakyat Palestin (lelaki, wanita dan kanak-kanak). Yang terkecil berlaku di perkampungan Yehiday dengan 7 kematian.
* Mutakhir ini timbul banyak dakwaan bahawa holokos adalah peristiwa yang sengaja dibesar-besarkan bagi membina simpati dunia ke atas Yahudi dan mendapatkan sokongan ke atas projek pembinaan negara Yahudi di Palestin. Malah, wujud dakwaan berlaku konspirasi antara tentera Zionis dan Nazi untuk mencipta holokos sungguhpun masyarakat Yahudi terpaksa membayarnya dengan nyawa warga bangsa mereka sendiri untuk menjayakannya. [KJ]

FAKTA NOMBOR AN-NAKBAH
78% tanah Palestin dirampas
750,000 penduduk Palestin menjadi pelarian perang
34 tragedi pembunuhan beramai-ramai direkodkan termasuk Deir Yassin, Naser al-Din, Beit Daras, Masjid Dahmash dan Dawayma
426 terkorban dalam ‘massacre’ terbesar di Masjid Dahmash, Lydda-Ramlee.
530 (91%) perkampungan Arab dimusnahkan
96,500 tentera Zionis menentang 25,000 tentera Arab
20 bulan pertempuran antara tentera Zionis dan tentera Arab (Perang Arab-Israel 1948)


Wednesday, April 23, 2014

Kerajaan Uniti Palestin - Lambaran Baru Perjuangan


Hamas yang menang majoriti di dalam pelihanraya kali pertama disertai pada 2006 telah dihalang oleh Fatah dengan dokongan Israel, Amerika dan Eropah sehingga membuatkan Hamas terpaksa mengalah (bagi mengelakkan pertumbahan darah sesama penduduk Palestin). Maka semenjak itu Hamas hanya beautoriti mengurus kerajaan di Gaza, manakala Fatah terus mengekalkan pemerintahan di Tebing Barat. Hamas terus maju ke hadapan mengurus rakyat di Gaza dengan pembangunan dipelbagai sektor khususnya politik, pendidikan, keselamatan dan kesihatan. Fatah terus berusaha untuk membina kekuatan sokongan dikalangan penduduk Palestin, namun tidak dapat membebaskan dirinya dari belengu kebergantungannya dengan kuasa-kuasa besar dan Israel sendiri di sebabkan beberapa perjankian dan rundingan sebelum ini.



Israel dan dokongan barat terus menekan melalui pelbagai penjuru, sama ada di dalam Palestin mahupun diluar seperti di Mesir, Syria, dan tidak kurang di Turkey. Suasana luaran tidak mengubah prinsip perjuangan Hamas, walaupun dari satu segi strategi perjuangan masih boleh di sesuaikan dengan suasana eprsekitaran.


23 April termetri penandatangani 'unity government' Hamas-Fatah yang setelah beberapa ketika diperkatakan. PM Ismail Haniyeh sendiri menanda tangani perjanjian tersebut dan kini kita menunggu langkah-langkah inisiatif seterusnya.

Yang penting kita ingin melihat.....;
a. Rakyat Palestin di Gaza kurang ditekan dari aspek mendapatkan sumbar asas untuk kehidupan seperti makanan, perubatan dan pendidikan.

b. Usaha-usaha membangun Gaza dan membina kekuatan rakyat dan pentadbiran perlu lebih mudah lagi dan tidak diganggu.

c. .... kita sama-sama berdo'a ... lebih banyak inisiatif yang dapat membina kekuatan keatas PENGUSIRAN PENDATANG HARAM YAHUDI ZIONIS dari terus menduduki bumi Palestin.







Rujukan dan gambar2 & Related Link:

Israel serang Gaza setelah perjanjian penyatuan Palestina

pastedGraphic.pdf
Kota Gaza (ANTARA News) - Sebuah pesawat tempur Israel menyerang Jalur Gaza bagian utara, Rabu, mencederai enam orang, satu diantaranya dalam keadaan sangat serius, kata Hamas yang menguasai wilayah itu.


Serangan itu dilakukan ketika ribuan orang turun ke jalan di Kota Gaza merayakan pengumuman Hamas dan PLO mengenai perjanjian untuk membentuk pemerintah persatuan guna mengakhiri perpecahan pemerintahan selama tujuh tahun, lapor AFP.


Israel belum memberikan tanggapan segera mengenai laporan serangan tersebut.


Sebelum serangan itu, kelompok-kelompok Palestina yang bersaing mencapai kesepakatan untuk membentuk sebuah pemerintah persatuan independen dalam waktu lima pekan di bawah kepemimpinan Presiden Palestina yang berkantor di Tepi Barat.


"Sebuah kesepakatan telah dicapai mengenai pembentukan pemerintah independen yang dipimpin Presiden Mahmud Abbas dalam waktu lima pekan," kata sebuah pernyataan yang dibacakan oleh Perdana Menteri Hamas Ismail Haniya yang berdiri bersama delegasi Organisasi Pembebasan Palestina (PLO) yang berkunjung.


Baru pertama kali ini kedua kubu yang bermusuhan itu mengumumkan perjanjian untuk mengakhiri perselisihan mereka.


Kelompok Hamas menguasai Jalur Gaza pada Juni tahun 2007 setelah mengalahkan pasukan Fatah yang setia pada Presiden Palestina Mahmud Abbas dalam pertempuran mematikan selama beberapa hari.


Sejak itu wilayah pesisir miskin tersebut dibloklade oleh Israel. Palestina pun menjadi dua wilayah kesatuan terpisah -- Jalur Gaza yang dikuasai Hamas dan Tepi Barat yang berada di bawah pemerintahan Abbas. Kini kedua kubu tersebut telah melakukan rekonsiliasi.


Uni Eropa, Israel dan AS memasukkan Hamas ke dalam daftar organisasi teroris.


Israel dan kelompok pejuang Hamas yang menguasai Jalur Gaza terlibat dalam perang delapan hari pada November 2012 yang menewaskan 177 orang Palestina, termasuk lebih dari 100 warga sipil, serta enam orang Israel -- empat warga sipil dan dua prajurit.


Kekerasan itu meletus pada 14 November 2012, dengan pembunuhan komandan militer Hamas Ahmed Jaabari oleh Israel.


Selama operasi delapan hari itu, militer Israel menyatakan telah menghantam lebih dari 1.500 sasaran, sementara pejuang Gaza menembakkan 1.354 roket ke Israel, 421 diantaranya disergap oleh sistem anti-rudal Iron Dome.


Perjanjian gencatan senjata Hamas-Israel dicapai pada 21 November 2012, sehari setelah diplomasi bolak-balik yang dilakukan oleh Menteri Luar Negeri AS Hillary dan Sekretaris Jendral PBB Ban Ki-moon -- yang tercoreng oleh kekerasan lintas batas yang semakin mematikan antara Israel dan para pejuang di Gaza.



Penerjemah: Memet Suratmadi





LAPORAN STRATEGIK PACE

Pada 6 Januari 2014, Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismael Haniyeh telah mengisytiharkan 2014 sebagai “Tahun Rekonsiliasi Palestin.” Beliau mengumumkan komitmen Hamas untuk berdamai dengan Fatah agar nasib rakyat Palestin tidak terus dipermainkan oleh Israel dan sekutunya. Janji ini telah berjaya dibuktikan semalam.

Selepas perbincangan selama 2 hari, wakil Palestine Liberation Organization (PLO) dan Hamas semalam mencapai kata sepakat untuk mengakhiri perseteruan politik mereka yang telah berlarutan selama 7 tahun. Fatah, parti yang mendominasi PLO bersetuju dengan terma-terma rekonsiliasi (perdamaian) yang mensasarkan tempoh 5 minggu untuk menggariskan beberapa ketetapan bagi merealisasikan persepakatan ini.



Ini merupakan cubaan kali keempat selepas kegagalan proses perdamaian yang ditandatangani di Cairo (2011 dan 2012) dan Doha (2012) sebelum ini. Antara persetujuan yang dicapai termasuklah membentuk Kerajaan Perpaduan dalam tempoh 5 minggu yang akan diketuai oleh Mahmoud Abbas (Fatah) atau Nasser al-Din al-Shaer (Hamas), membebaskan tahanan-tahanan politik dari kedua-dua pihak, menetapkan tarikh pilihanraya baru dalam tempoh 6 bulan dan menolak proses rundingan damai dengan Israel tanpa prinsip yang jelas.

Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Kerajaan Palestin di Gaza menyifatkan bahawa era perpecahan kini telah berakhir. Berita ini disambut baik rakyat umum Palestin yang terkena tempias dengan perseteruan politik yang berlaku. Mereka menginginkan kepimpinan nasional yang kuat bagi membela nasib rakyat Palestin.

Berita baik ini walau bagaimanapun menerima pandangan sinis beberapa pihak. Fatah dan Hamas dikatakan menyertai meja rundingan perdamaian bagi mengelak situasi lebih parah yang sedang menimpa kedua-dua parti politik akibat pergolakan politik serantau. Fatah dilihat cuba menyelamatkan air muka mereka selepas rundingan damai dengan Israel menemui jalan buntu. Hamas pula dilihat cuba mengambil jalan lebih pragmatik selepas pertubuhan itu diharamkan oleh Kerajaan Kudeta Mesir dan dikenakan sekatan ekonomi oleh Israel dan Mesir.

Dua bulan yang lalu (24/2), Dr. Mohsen Saleh, Pengerusi Pusat Al-Zaytouna yang berpusat di Beirut telah menyebut 3 senario bagaimana proses rekonsiliasi di Palestin mungkin berakhir; (1) kemenangan kepada kedua-dua belah pihak, (2) Fatah mendominasi Hamas, atau (3) rekonsiliasi berperingkat. Kalau dua bulan lalu senario dua dilihat lebih dekat dengan situasi semasa, proses rekonsiliasi terbaru ini menandakan bahawa senario tiga akan mengambil tempat. Dalam tempoh dua bulan, kegagalan proses rundingan damai dengan Israel telah mengubah pemberat senario untuk lebih memihak kepada Palestin.

Namun begitu, masih wujud tanda tanya sejauh mana perdamaian ini dapat bertahan kerana Fatah dan Hamas jelas mempunyai idealogi dan pendekatan yang berbeza. Fatah lebih cenderung menggunakan jalan damai dengan Israel sungguhpun ia melibatkan kerjasama koordinasi keselamatan (security arrangement) dengan regim Israel manakala Hamas enggan mengenepikan penentangan bersenjata dan mengiktiraf kewujudan negara haram Israel.

Pegawai Kanan Kumpulan Jihad Islami, Khaled al-Batsh melontarkan kebimbangannya apabila PLO memutuskan untuk memberi tempoh 5 minggu bagi pembentukan Kerajaan Perpaduan Palestin. Bagi beliau tempoh tersebut terlalu panjang dan dilihat akan memberi peluang kepada Israel dan sekutunya untuk bertindak menggagalkan usaha tersebut. Sebaliknya, persetujuan yang telah dicapai harus dilaksanakan dengan serta-merta.

Berita perdamaian Fatah-Hamas ini mendapat respon negatif kerajaan Benjamin Netanyahu yang bertindak serta-merta membatalkan pertemuan antara jururunding Israel, Palestin dan Amerika yang dijadualkan semalam. Netanyahu menyifatkan perdamaian itu adalah petanda berakhirnya proses rundingan damai. Ketua jururunding Israel, Tzipi Livni mengecam ia sebagai anti-produktif. Menteri Ekonomi, Naftali Bennett menuduh Presiden Mahmoud Abbas kini memimpin sebuah kerajaan pengganas. Menteri Luar, Avigdor Liberman pula mengatakan mustahil untuk Israel berdamai dengan Hamas yang matlamatnya adalah kehancuran Israel.

Jurucakap AS, Jen Psaki menyifatkan perdamaian ini sebagai ‘mengecewakan dari sudut kandungan dan juga masanya.’ Beliau merasakan keputusan Fatah dan Hamas ini hanya akan menyulitkan rundingan damai Israel-Palestin yang sedang berjalan.

Namun, tidak semua berita Israel bernada negatif. Barak Ravid, koresponden diplomatik akhbar Haaretz merasakan bahawa perdamaian Fatah dan Hamas boleh membawa keuntungan kepada Israel. Netanyahu seringkali mengkritik Kerajaan Presiden Abbas yang tidak mewakili suara keseluruhan rakyat Palestin. Justeru, mengecam perkembangan terbaru ini adalah ibarat menjilat ludah sendiri.

Barak Ravid mengkritik sikap hipokrit Netanyahu yang mengecam keras tindakan Presiden Abbas membuat rundingan dengan Hamas sedangkan kerajaan Netanyahu sebelum ini telah dua kali berunding dengan Hamas secara terang-terangan - semasa pertukaran 1,027 tahanan Palestin dengan askar Israel, Gilad Shalit (2011) dan semasa gencatan senjata selepas Operasi Pillar of Clouds pada (2012).

Beliau merasakan mana-mana pemimpin Israel yang tulus ikhlas menyokong idea ‘Penyelesaian 2 Negara’ akan bergembira dengan perdamaian ini kerana penyertaan Hamas ke dalam PLO akan memaksa mereka berkompromi untuk mengiktiraf kewujudan Israel, meletakkan senjata dan mengiktiraf perjanjian-perjanjian PA dengan Israel sebelum ini. Hamas akan terpaksa tunduk sepertimana yang berlaku ke atas Yasser Arafat selepas Perang Teluk 1991. Malah, rundingan dengan kerajaan Palestin yang bersatu adalah lebih mudah berbanding kerajaan yang terpecah-belah.

Barak juga tidak menafikan bahawa jika rekonsiliasi ini berjaya, AS kemungkinan terpaksa menukar polisinya untuk mengiktiraf Kerajaan Perpaduan Fatah-Hamas sepertimana polisinya ke atas kerajaan Lubnan yang bersama Hezbollah, kerajaan Afghanistan yang bersama Taliban juga mujahidin selain Al-Qaeda di Syria.

Di sebalik semua pandangan yang bercampur-baur ini, rakyat Palestin berhak untuk bergembira kerana buat kali pertama Hamas dan Fatah bertemu di meja rundingan tanpa wujud orang tengah mahupun tajaan daripada negara-negara lain yang berkepentingan. Ini adalah hasrat murni pemimpin Palestin sendiri. Fatah sedia mengenepikan risiko kemungkinan dikenakan sekatan kewangan oleh AS dan Israel manakala Hamas berlapang dada untuk menyambut ketibaan Fatah ke pusat pentadbirannya di Gaza dan melupakan memori pahit persengketaan mereka.

Rakyat Palestin mempunyai sebab untuk bergembira kerana pemimpin mereka dengan ideologi dan pendekatan berbeza bersedia untuk duduk di meja rundingan dan merangka pelan nasional yang dapat disepakati bersama. Mereka yang pesimis berhak untuk meragui persetujuan awal ini tetapi mereka tidak akan mampu mengenepikan hakikat bahawa perubahan serantau yang berlaku turut mengubah Fatah dan Hamas untuk menjadi lebih matang dan terkehadapan. Tidak mustahil rekonsiliasi ini mampu mengejutkan semua pihak terutamanya Israel dan AS.

Sumber:

1. PLO, Hamas announce agreement to end political division http://www.maannews.net/eng/ViewDetails.aspx?ID=692371


3. Palestinian reconciliation is an opportunity for Israel http://www.haaretz.com/news/diplomacy-defense/.premium-1.587007

4. The new Palestinian Authority 

5. Washington ‘disappointed’ by Palestinian unity move

6. Livni laments Palestinian reconciliation pact

7. Netanyahu phones Kerry to complain about Hamas-Fatah pact

8. Islamic Jihad: 5 week waiting period could hinder reconciliation

[KJ]


Palestinian unity government to be announced this week

In this file photo provided on Nov. 24, 2011, by the office of Khaled Mashaal, Palestinian Hamas leader Khaled Mashaal, left, and acting Palestinian Authority Chief Mahmoud Abbas are seen together during their meeting in Cairo, Egypt.
In this file photo provided on Nov. 24, 2011, by the office of Khaled Mashaal, Palestinian Hamas leader Khaled Mashaal, left, and acting Palestinian Authority Chief Mahmoud Abbas are seen together during their meeting in Cairo, Egypt.
A negotiator expects a Palestinian unity government to be announced later this week in what would be a first significant step toward ending the crippling rift between Hamas and Fatah.
Azzam al-Ahmed, a Fatah negotiator, traveled to Gaza on Monday for what he said would be a final round of talks with Hamas leaders about the Cabinet lineup, AP reported.
A temporary government of technocrats is to prepare for general elections in 2015.
"The declaration of the new government is Thursday," al-Ahmed told reporters.
He said Rami Hamdallah, the prime minister of the West Bank-based Palestinian Authority, would stay on to head the unity government. Acting Palestinian Authority Chief Mahmoud Abbas had previously agreed to take on the job of prime minister in addition to his position, but now seems reluctant to assume additional responsibility.
Ehab Ghussein, a Hamas government spokesman, said he expected the Cabinet lineup to be announced in the coming days, but did not give a date.
Negotiations about the Cabinet lineup began in April and were to be completed by late May.
Repeated reconciliation attempts have failed, but the rivals appear more flexible this time because both are struggling with crises.
The longstanding conflict between the rival factions peaked in 2007, when Hamas drove the Fatah movement of Abbas out of the Gaza Strip, leaving his forces confined to the Israeli-occupied West Bank.
Since then, both sides have run rival governments in their respective territories on opposite ends of Israel. Abbas seeks both the West Bank and Gaza as parts of a future Palestinian state, and the internal rift is a major impediment to any potential peace deal.
BA/BA
- See more at: http://en.alalam.ir/news/1597730#sthash.pFfS95dX.dpuf
http://en.alalam.ir/news/1597730



Palestinian unity government will recognize Israel: Abbas

RAMALLAH, West Bank Sat Apr 26, 2014 2:28pm EDT
Arab League Chief Nabil al-Arabi (L) greets Palestinian President Mahmoud Abbas, who waves to the media, before attending an Arab Foreign Ministers' meeting at the Arab League headquarters in Cairo April 9, 2014. REUTERS/Asmaa Waguih
Arab League Chief Nabil al-Arabi (L) greets Palestinian President Mahmoud Abbas, who waves to the media, before attending an Arab Foreign Ministers' meeting at the Arab League headquarters in Cairo April 9, 2014.
CREDIT: REUTERS/ASMAA WAGUIH

RELATED TOPICS

(Reuters) - Palestinian President Mahmoud Abbas signaled on Saturday that he remains committed to troubled U.S.-backed peace talks, saying that any unity government agreed with the militant group Hamas would recognize Israel.
Abbas's comments appeared aimed at soothing U.S. concerns about the unity deal he reached on Wednesday with Hamas, an Islamist faction sworn to Israel's destruction and designated by the West as a terrorist organization.
Israel suspended peace negotiations with Abbas after the reconciliation pact, and the United States said it would reconsider annual aid to the Palestinians worth hundreds of millions of dollars.