Wednesday, April 23, 2014

Kerajaan Uniti Palestin - Lambaran Baru Perjuangan


Hamas yang menang majoriti di dalam pelihanraya kali pertama disertai pada 2006 telah dihalang oleh Fatah dengan dokongan Israel, Amerika dan Eropah sehingga membuatkan Hamas terpaksa mengalah (bagi mengelakkan pertumbahan darah sesama penduduk Palestin). Maka semenjak itu Hamas hanya beautoriti mengurus kerajaan di Gaza, manakala Fatah terus mengekalkan pemerintahan di Tebing Barat. Hamas terus maju ke hadapan mengurus rakyat di Gaza dengan pembangunan dipelbagai sektor khususnya politik, pendidikan, keselamatan dan kesihatan. Fatah terus berusaha untuk membina kekuatan sokongan dikalangan penduduk Palestin, namun tidak dapat membebaskan dirinya dari belengu kebergantungannya dengan kuasa-kuasa besar dan Israel sendiri di sebabkan beberapa perjankian dan rundingan sebelum ini.



Israel dan dokongan barat terus menekan melalui pelbagai penjuru, sama ada di dalam Palestin mahupun diluar seperti di Mesir, Syria, dan tidak kurang di Turkey. Suasana luaran tidak mengubah prinsip perjuangan Hamas, walaupun dari satu segi strategi perjuangan masih boleh di sesuaikan dengan suasana eprsekitaran.


23 April termetri penandatangani 'unity government' Hamas-Fatah yang setelah beberapa ketika diperkatakan. PM Ismail Haniyeh sendiri menanda tangani perjanjian tersebut dan kini kita menunggu langkah-langkah inisiatif seterusnya.

Yang penting kita ingin melihat.....;
a. Rakyat Palestin di Gaza kurang ditekan dari aspek mendapatkan sumbar asas untuk kehidupan seperti makanan, perubatan dan pendidikan.

b. Usaha-usaha membangun Gaza dan membina kekuatan rakyat dan pentadbiran perlu lebih mudah lagi dan tidak diganggu.

c. .... kita sama-sama berdo'a ... lebih banyak inisiatif yang dapat membina kekuatan keatas PENGUSIRAN PENDATANG HARAM YAHUDI ZIONIS dari terus menduduki bumi Palestin.







Rujukan dan gambar2 & Related Link:

Israel serang Gaza setelah perjanjian penyatuan Palestina

pastedGraphic.pdf
Kota Gaza (ANTARA News) - Sebuah pesawat tempur Israel menyerang Jalur Gaza bagian utara, Rabu, mencederai enam orang, satu diantaranya dalam keadaan sangat serius, kata Hamas yang menguasai wilayah itu.


Serangan itu dilakukan ketika ribuan orang turun ke jalan di Kota Gaza merayakan pengumuman Hamas dan PLO mengenai perjanjian untuk membentuk pemerintah persatuan guna mengakhiri perpecahan pemerintahan selama tujuh tahun, lapor AFP.


Israel belum memberikan tanggapan segera mengenai laporan serangan tersebut.


Sebelum serangan itu, kelompok-kelompok Palestina yang bersaing mencapai kesepakatan untuk membentuk sebuah pemerintah persatuan independen dalam waktu lima pekan di bawah kepemimpinan Presiden Palestina yang berkantor di Tepi Barat.


"Sebuah kesepakatan telah dicapai mengenai pembentukan pemerintah independen yang dipimpin Presiden Mahmud Abbas dalam waktu lima pekan," kata sebuah pernyataan yang dibacakan oleh Perdana Menteri Hamas Ismail Haniya yang berdiri bersama delegasi Organisasi Pembebasan Palestina (PLO) yang berkunjung.


Baru pertama kali ini kedua kubu yang bermusuhan itu mengumumkan perjanjian untuk mengakhiri perselisihan mereka.


Kelompok Hamas menguasai Jalur Gaza pada Juni tahun 2007 setelah mengalahkan pasukan Fatah yang setia pada Presiden Palestina Mahmud Abbas dalam pertempuran mematikan selama beberapa hari.


Sejak itu wilayah pesisir miskin tersebut dibloklade oleh Israel. Palestina pun menjadi dua wilayah kesatuan terpisah -- Jalur Gaza yang dikuasai Hamas dan Tepi Barat yang berada di bawah pemerintahan Abbas. Kini kedua kubu tersebut telah melakukan rekonsiliasi.


Uni Eropa, Israel dan AS memasukkan Hamas ke dalam daftar organisasi teroris.


Israel dan kelompok pejuang Hamas yang menguasai Jalur Gaza terlibat dalam perang delapan hari pada November 2012 yang menewaskan 177 orang Palestina, termasuk lebih dari 100 warga sipil, serta enam orang Israel -- empat warga sipil dan dua prajurit.


Kekerasan itu meletus pada 14 November 2012, dengan pembunuhan komandan militer Hamas Ahmed Jaabari oleh Israel.


Selama operasi delapan hari itu, militer Israel menyatakan telah menghantam lebih dari 1.500 sasaran, sementara pejuang Gaza menembakkan 1.354 roket ke Israel, 421 diantaranya disergap oleh sistem anti-rudal Iron Dome.


Perjanjian gencatan senjata Hamas-Israel dicapai pada 21 November 2012, sehari setelah diplomasi bolak-balik yang dilakukan oleh Menteri Luar Negeri AS Hillary dan Sekretaris Jendral PBB Ban Ki-moon -- yang tercoreng oleh kekerasan lintas batas yang semakin mematikan antara Israel dan para pejuang di Gaza.



Penerjemah: Memet Suratmadi





LAPORAN STRATEGIK PACE

Pada 6 Januari 2014, Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismael Haniyeh telah mengisytiharkan 2014 sebagai “Tahun Rekonsiliasi Palestin.” Beliau mengumumkan komitmen Hamas untuk berdamai dengan Fatah agar nasib rakyat Palestin tidak terus dipermainkan oleh Israel dan sekutunya. Janji ini telah berjaya dibuktikan semalam.

Selepas perbincangan selama 2 hari, wakil Palestine Liberation Organization (PLO) dan Hamas semalam mencapai kata sepakat untuk mengakhiri perseteruan politik mereka yang telah berlarutan selama 7 tahun. Fatah, parti yang mendominasi PLO bersetuju dengan terma-terma rekonsiliasi (perdamaian) yang mensasarkan tempoh 5 minggu untuk menggariskan beberapa ketetapan bagi merealisasikan persepakatan ini.



Ini merupakan cubaan kali keempat selepas kegagalan proses perdamaian yang ditandatangani di Cairo (2011 dan 2012) dan Doha (2012) sebelum ini. Antara persetujuan yang dicapai termasuklah membentuk Kerajaan Perpaduan dalam tempoh 5 minggu yang akan diketuai oleh Mahmoud Abbas (Fatah) atau Nasser al-Din al-Shaer (Hamas), membebaskan tahanan-tahanan politik dari kedua-dua pihak, menetapkan tarikh pilihanraya baru dalam tempoh 6 bulan dan menolak proses rundingan damai dengan Israel tanpa prinsip yang jelas.

Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Kerajaan Palestin di Gaza menyifatkan bahawa era perpecahan kini telah berakhir. Berita ini disambut baik rakyat umum Palestin yang terkena tempias dengan perseteruan politik yang berlaku. Mereka menginginkan kepimpinan nasional yang kuat bagi membela nasib rakyat Palestin.

Berita baik ini walau bagaimanapun menerima pandangan sinis beberapa pihak. Fatah dan Hamas dikatakan menyertai meja rundingan perdamaian bagi mengelak situasi lebih parah yang sedang menimpa kedua-dua parti politik akibat pergolakan politik serantau. Fatah dilihat cuba menyelamatkan air muka mereka selepas rundingan damai dengan Israel menemui jalan buntu. Hamas pula dilihat cuba mengambil jalan lebih pragmatik selepas pertubuhan itu diharamkan oleh Kerajaan Kudeta Mesir dan dikenakan sekatan ekonomi oleh Israel dan Mesir.

Dua bulan yang lalu (24/2), Dr. Mohsen Saleh, Pengerusi Pusat Al-Zaytouna yang berpusat di Beirut telah menyebut 3 senario bagaimana proses rekonsiliasi di Palestin mungkin berakhir; (1) kemenangan kepada kedua-dua belah pihak, (2) Fatah mendominasi Hamas, atau (3) rekonsiliasi berperingkat. Kalau dua bulan lalu senario dua dilihat lebih dekat dengan situasi semasa, proses rekonsiliasi terbaru ini menandakan bahawa senario tiga akan mengambil tempat. Dalam tempoh dua bulan, kegagalan proses rundingan damai dengan Israel telah mengubah pemberat senario untuk lebih memihak kepada Palestin.

Namun begitu, masih wujud tanda tanya sejauh mana perdamaian ini dapat bertahan kerana Fatah dan Hamas jelas mempunyai idealogi dan pendekatan yang berbeza. Fatah lebih cenderung menggunakan jalan damai dengan Israel sungguhpun ia melibatkan kerjasama koordinasi keselamatan (security arrangement) dengan regim Israel manakala Hamas enggan mengenepikan penentangan bersenjata dan mengiktiraf kewujudan negara haram Israel.

Pegawai Kanan Kumpulan Jihad Islami, Khaled al-Batsh melontarkan kebimbangannya apabila PLO memutuskan untuk memberi tempoh 5 minggu bagi pembentukan Kerajaan Perpaduan Palestin. Bagi beliau tempoh tersebut terlalu panjang dan dilihat akan memberi peluang kepada Israel dan sekutunya untuk bertindak menggagalkan usaha tersebut. Sebaliknya, persetujuan yang telah dicapai harus dilaksanakan dengan serta-merta.

Berita perdamaian Fatah-Hamas ini mendapat respon negatif kerajaan Benjamin Netanyahu yang bertindak serta-merta membatalkan pertemuan antara jururunding Israel, Palestin dan Amerika yang dijadualkan semalam. Netanyahu menyifatkan perdamaian itu adalah petanda berakhirnya proses rundingan damai. Ketua jururunding Israel, Tzipi Livni mengecam ia sebagai anti-produktif. Menteri Ekonomi, Naftali Bennett menuduh Presiden Mahmoud Abbas kini memimpin sebuah kerajaan pengganas. Menteri Luar, Avigdor Liberman pula mengatakan mustahil untuk Israel berdamai dengan Hamas yang matlamatnya adalah kehancuran Israel.

Jurucakap AS, Jen Psaki menyifatkan perdamaian ini sebagai ‘mengecewakan dari sudut kandungan dan juga masanya.’ Beliau merasakan keputusan Fatah dan Hamas ini hanya akan menyulitkan rundingan damai Israel-Palestin yang sedang berjalan.

Namun, tidak semua berita Israel bernada negatif. Barak Ravid, koresponden diplomatik akhbar Haaretz merasakan bahawa perdamaian Fatah dan Hamas boleh membawa keuntungan kepada Israel. Netanyahu seringkali mengkritik Kerajaan Presiden Abbas yang tidak mewakili suara keseluruhan rakyat Palestin. Justeru, mengecam perkembangan terbaru ini adalah ibarat menjilat ludah sendiri.

Barak Ravid mengkritik sikap hipokrit Netanyahu yang mengecam keras tindakan Presiden Abbas membuat rundingan dengan Hamas sedangkan kerajaan Netanyahu sebelum ini telah dua kali berunding dengan Hamas secara terang-terangan - semasa pertukaran 1,027 tahanan Palestin dengan askar Israel, Gilad Shalit (2011) dan semasa gencatan senjata selepas Operasi Pillar of Clouds pada (2012).

Beliau merasakan mana-mana pemimpin Israel yang tulus ikhlas menyokong idea ‘Penyelesaian 2 Negara’ akan bergembira dengan perdamaian ini kerana penyertaan Hamas ke dalam PLO akan memaksa mereka berkompromi untuk mengiktiraf kewujudan Israel, meletakkan senjata dan mengiktiraf perjanjian-perjanjian PA dengan Israel sebelum ini. Hamas akan terpaksa tunduk sepertimana yang berlaku ke atas Yasser Arafat selepas Perang Teluk 1991. Malah, rundingan dengan kerajaan Palestin yang bersatu adalah lebih mudah berbanding kerajaan yang terpecah-belah.

Barak juga tidak menafikan bahawa jika rekonsiliasi ini berjaya, AS kemungkinan terpaksa menukar polisinya untuk mengiktiraf Kerajaan Perpaduan Fatah-Hamas sepertimana polisinya ke atas kerajaan Lubnan yang bersama Hezbollah, kerajaan Afghanistan yang bersama Taliban juga mujahidin selain Al-Qaeda di Syria.

Di sebalik semua pandangan yang bercampur-baur ini, rakyat Palestin berhak untuk bergembira kerana buat kali pertama Hamas dan Fatah bertemu di meja rundingan tanpa wujud orang tengah mahupun tajaan daripada negara-negara lain yang berkepentingan. Ini adalah hasrat murni pemimpin Palestin sendiri. Fatah sedia mengenepikan risiko kemungkinan dikenakan sekatan kewangan oleh AS dan Israel manakala Hamas berlapang dada untuk menyambut ketibaan Fatah ke pusat pentadbirannya di Gaza dan melupakan memori pahit persengketaan mereka.

Rakyat Palestin mempunyai sebab untuk bergembira kerana pemimpin mereka dengan ideologi dan pendekatan berbeza bersedia untuk duduk di meja rundingan dan merangka pelan nasional yang dapat disepakati bersama. Mereka yang pesimis berhak untuk meragui persetujuan awal ini tetapi mereka tidak akan mampu mengenepikan hakikat bahawa perubahan serantau yang berlaku turut mengubah Fatah dan Hamas untuk menjadi lebih matang dan terkehadapan. Tidak mustahil rekonsiliasi ini mampu mengejutkan semua pihak terutamanya Israel dan AS.

Sumber:

1. PLO, Hamas announce agreement to end political division http://www.maannews.net/eng/ViewDetails.aspx?ID=692371


3. Palestinian reconciliation is an opportunity for Israel http://www.haaretz.com/news/diplomacy-defense/.premium-1.587007

4. The new Palestinian Authority 

5. Washington ‘disappointed’ by Palestinian unity move

6. Livni laments Palestinian reconciliation pact

7. Netanyahu phones Kerry to complain about Hamas-Fatah pact

8. Islamic Jihad: 5 week waiting period could hinder reconciliation

[KJ]


Palestinian unity government to be announced this week

In this file photo provided on Nov. 24, 2011, by the office of Khaled Mashaal, Palestinian Hamas leader Khaled Mashaal, left, and acting Palestinian Authority Chief Mahmoud Abbas are seen together during their meeting in Cairo, Egypt.
In this file photo provided on Nov. 24, 2011, by the office of Khaled Mashaal, Palestinian Hamas leader Khaled Mashaal, left, and acting Palestinian Authority Chief Mahmoud Abbas are seen together during their meeting in Cairo, Egypt.
A negotiator expects a Palestinian unity government to be announced later this week in what would be a first significant step toward ending the crippling rift between Hamas and Fatah.
Azzam al-Ahmed, a Fatah negotiator, traveled to Gaza on Monday for what he said would be a final round of talks with Hamas leaders about the Cabinet lineup, AP reported.
A temporary government of technocrats is to prepare for general elections in 2015.
"The declaration of the new government is Thursday," al-Ahmed told reporters.
He said Rami Hamdallah, the prime minister of the West Bank-based Palestinian Authority, would stay on to head the unity government. Acting Palestinian Authority Chief Mahmoud Abbas had previously agreed to take on the job of prime minister in addition to his position, but now seems reluctant to assume additional responsibility.
Ehab Ghussein, a Hamas government spokesman, said he expected the Cabinet lineup to be announced in the coming days, but did not give a date.
Negotiations about the Cabinet lineup began in April and were to be completed by late May.
Repeated reconciliation attempts have failed, but the rivals appear more flexible this time because both are struggling with crises.
The longstanding conflict between the rival factions peaked in 2007, when Hamas drove the Fatah movement of Abbas out of the Gaza Strip, leaving his forces confined to the Israeli-occupied West Bank.
Since then, both sides have run rival governments in their respective territories on opposite ends of Israel. Abbas seeks both the West Bank and Gaza as parts of a future Palestinian state, and the internal rift is a major impediment to any potential peace deal.
BA/BA
- See more at: http://en.alalam.ir/news/1597730#sthash.pFfS95dX.dpuf
http://en.alalam.ir/news/1597730



Palestinian unity government will recognize Israel: Abbas

RAMALLAH, West Bank Sat Apr 26, 2014 2:28pm EDT
Arab League Chief Nabil al-Arabi (L) greets Palestinian President Mahmoud Abbas, who waves to the media, before attending an Arab Foreign Ministers' meeting at the Arab League headquarters in Cairo April 9, 2014. REUTERS/Asmaa Waguih
Arab League Chief Nabil al-Arabi (L) greets Palestinian President Mahmoud Abbas, who waves to the media, before attending an Arab Foreign Ministers' meeting at the Arab League headquarters in Cairo April 9, 2014.
CREDIT: REUTERS/ASMAA WAGUIH

RELATED TOPICS

(Reuters) - Palestinian President Mahmoud Abbas signaled on Saturday that he remains committed to troubled U.S.-backed peace talks, saying that any unity government agreed with the militant group Hamas would recognize Israel.
Abbas's comments appeared aimed at soothing U.S. concerns about the unity deal he reached on Wednesday with Hamas, an Islamist faction sworn to Israel's destruction and designated by the West as a terrorist organization.
Israel suspended peace negotiations with Abbas after the reconciliation pact, and the United States said it would reconsider annual aid to the Palestinians worth hundreds of millions of dollars.