Thursday, November 7, 2013

Terus Bersama Mu Sehingga Zionis Tersungkur



Semenjak peristiwa Kudeta Mesir, pintu Rafah ditutup serapat-rapatnya. Malah, 90% terowong-terowong yang menghubungkan Mesir dan Gaza diletupkan. Terowong-terowong itu selama ini digunakan untuk menyalurkan bantuan perubatan, alat-alat binaan dan makanan, Mesir bersekongkol dengan Israel agar niat jahat mereka untuk menghancurkan Gaza dapat dilaksanakan.

Rumah-rumah yang berada 1.5 km dari sempadan Rafah (samada bahagian Gaza atau Mesir) dihancurkan. 95% telah musnah.

Mereka terpaksa membeli segala kelengkapan dari Israel, dengan harga yang tidak masuk akal;

Gandum contohnya;
1 kg 25 USD by Israel
1 kg 2 USD in Egypt 

81% rakyat Gaza kini bergantung kepada bantuan antarabangsa dari NGOs dan PBB. 1000 anak yatim ditaja oleh mereka, namun hakikatnya, bantuan itu dihalang oleh US. Bantuan korban juga tidak dapat disalurkan kepada rakyat.

55% pengangguran kini berbanding 38% sebelum Kudeta kerana segala sumber terputus. 

Kanak-kanak di Gaza tidak dapat bersekolah seperti kanak-kanak di negara lain. Sebahagian sekolah terpaksa dihentikan operasinya. Tiada makmal, tiada kelas. Kementerian pendidikan tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelesaikan perkara ini.

Di hospital, pesakit terutamanya pesakit kronik tidak dapat melakukan pembedahan. Pesakit buah pinggang contohnya, tidak dapat organ dari Mesir mahupun Israel.

Israel bersekongkol melaksanakan Kudeta di Mesir, dengan kebenaran Amerika. Mereka ingin menghancurkan Ikhwanul Muslimin di Mesir, Tunisia dan seluruh dunia Arab. Sasarannya ialah HAMAS di Gaza.

Semua negara Arab menghentikan bantuan mereka kepada Gaza. 

Media tidak putus-putus memburukkan nama HAMAS. Mereka memfitnah HAMAS cuba menyerang Mesir dengan menggunakan terowong-terowong. Mereka digambarkan sebagai syaitan.

Rakyat Mesir, yang 20% buta huruf percaya dengan dakwaan Media. Mereka mula menyalahkan HAMAS sebagai penyebab krisis di Mesir. 

100,000 ahli HAMAS dikatakan akan berkahwin dengan 100,000 wanita Mesir dan menetap di Sinai untuk akhirnya menjajah seluruh Mesir. Itulah perancangan Morsi di mata mereka, dengan media sebagai dalangnya.

Kudeta dilakukan kerana regim tidak mahu Ikhwan memimpin ummah. 

Asisi sentiasa menasihati Morsi, ianya terancang. Semestinya telah direncana oleh suatu kuasa yang lebih besar. Amerika tidak meredhai adanya kebebasan demokrasi di Mesir. Negara Arab lain menyokong Kudeta kerana kepentingan mereka, UAE contohnya sangat menantikan Kudeta itu yang berlaku pada 3 Jun. Pada 7 Jun, Channel Mesir akan dilancarkan dan ia akan mengganggu kepentingan mereka (UAE).

Morsi merupakan seorang pemimpin yang sangat mantap. Dia sangat mengimpikan pembebasan Masjidil Aqsa. Setiap pagi, beliau call Syeikh Raed Solah, untuk mengetahui status Palestin. Setiap pagi!

Sumber: Abu Khaled (narawastuilmu.blogspot.com/) 

*****
Ingin menyumbang kepada Palestin?

1) Salurkan sumbangan anda ke akaun AQSA SYARIF BERHAD, 
Maybank Islamic (551575-004299) atau Bank Islam (1209-20100-34904)
2) Maklumkan melalui e-mail, nama beserta bank-in slip kepada account@aqsasyarif.org.my

Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi:
Aqsa Syarif HQ: 03-87334636 atau 013-744 4760 (Bhgn. Projek)


No comments:

Post a Comment