Tuesday, November 5, 2013

Tebing Barat (West Bank) Palestin

Bila kita berbicara mengenai isu Palestin hari ini, kita tidak dapat lari dari membincangkan dua wilayah utama di Palestin hari ini iaitu Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Ini adalah kerana, penduduk Palestin pada umumnya kini berada di dua wilayah tersebut selepas lebih puluhan tahun zionis menjajah dan merampas tanah-tanah di Palestin dan menjadikan rakyat Palestin terpaksa menjadi pelarian di dua-dua wilayah tersebut selain di laur negara seperti di Jordan, Syria dan Lubnan. Tulisan ini berusaha membincang dan menghuraikan menganai kawasan yang dikenali kini sebagai Tebing Barat atau West Bank.

Tebing Barat merupakan sebuah daerah tanpa pantai di Timur Tengah yang merangkumi kawasan di barat Sungai Jordan yang dikuasai oleh Jordan di akhir perang Arab-Israel pada 1948. Kemudian pada 1967, ia ditawan oleh Israel ketika Perang Enam Hari.
Kini, sebahagian daerah ini ditadbir oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA), manakala sebahagian lain masih dikawal Israel. Bersama-sama Genting Gaza, ia membentuk daerah Palestin yang menjadi rebutan antara dua pihak tersebut. Selepas pilihanraya Palestin 2006 yang membawa kemenangan kepada Hamas, Semenanjung Gaza di perintah oleh Hamas manakala Tebing Barat di uruskan oleh pemerintah Fatah.
Di Tebing Barat inilah letaknya bandar Baitulmuqaddis (Jerusalem), tempat letaknya Al Haram Al Sharif yang kini sedang diusahakan oleh rejim Israel untuk dikuasai sepenuhnya melalui pelbagai cara tekanan, rampasan, pembunuhan dan penganiyaan terhadap penduduk Palestin.  
Selepas pembubaran Empayar Turki Uthmaniyyah pada 1922 selepas Perang Dunia Pertama, Liga Bangsa telah menjajah dunia Islam dan membahagikan tanah jajahan empayar tersebut antara Tentera Bersekutu. Bahagian yang dikenali sebagai Israel, Jordan, Tebing Barat dan Jalur Gaza hari ini diserahkan kepada pihak British sebagai Mandat British Palestin.
Pada 1948, melalui konspirasi dan lobi aktivis zionis terhadap pemimpin-pemimpin British dan Amerika, Negeri haram Israel diisytiharkan dan mereka menduduki tanah di bekas Mandat British yang dibahagikan kepada “negara Yahudi” di bawah Rancangan Pemecahan Bahagian PBB 1947 (tidak termasuk Tebing Barat). 
Cetusan Perang Arab-Israel 1948 pula mengubah lagi sempadan di tanah suci itu. Berikutan perang itu, Jaluran Gaza diberikan kepada Mesir, manakala Tebing Barat diberi kepada Jordan. Perjanjian Gencatan Senjata 1949 yang dimeterai oleh Israel dan negara-negara Arab menentukan sempadan antara Israel, Jaluran Gaza dan Tebing Barat.
Perang Enam Hari 1967 melihatkan Israel menceroboh Jaluran Gaza, Tebing Barat dan Bukit Golan dalam satu operasi ketenteraan. Sehingga kini, Israel menjajah kebanyakan kawasan di Tebing Barat. Banyak petempatan Yahudi juga dibina sejak pengiilhakan tersebut.
Daerah-daerah di Tebing Barat:-

1. Daerah Jerusalem.
2. Daerah Beitlaham.
3. Daerah Al-Khaleel (Hebron).
4. Daerah Ramalah.
5. Daerah Jerico.
6. Daerah Nablus.
7. Daerah Jenin.

Capaian berita-berita berkaitan Tebing Barat;
1. Peristiwa-peristiwa semasa di Jerusalem. 
2. Berita-berita menganai Masjid Al-Aqsa & Sekitarnya


















No comments:

Post a Comment