Wednesday, November 6, 2013

Keberanian Anak-anak Palestin

Keadaan persekitaran dan kehidupan di Palestin telah menjadi faktor kepada pembentukan karakter dan sikap anak-anak yang semenjak kelahiran lagi berhadapan dengan pelbagai siruasi yang genting dan menekan. Walaupun rejim zionis menganggap bahawa tindakan kezaliman mereka akan dapat mengekang kebangkitan dan akhirnya rakyat Palestin tunduk kepada perancangan mereka, namun mereka silap perkiraan. malah sebaliknya kanak-kanak Palestin menjadi semakin berani dan berjati diri di dalam mempertahankan tanah dan mengusir zionis dari tanah mereka.



Faris Audah as-syahid.

Syahidnya Faris Audah di tangan Zionis (10 November 1999). Seorang budak lelaki yang berusia 14 tahun telah dibunuh oleh Zionis Israel dengan menggunakan kereta kebal. Padahal Faris Audah hanya berbekalkan batu sahaja.
Peristiwa ini telah membuka mata dan membangkitkan ruh jihad ummat islam sedunia untuk berjuang membela nasib saudara seislam mereka di Palestin.
Marilah kita memperingati tarikh ini, bukannya sebagai suatu hari bersejarah semata-mata. Namun, titik perubahan dalam diri kita. Kerana budak berumur 14 tahun sahaja, telah membuktikan penyaksiannya. Kita bagaimana?


Berikut adalah capaian-capaian berita mengenai keberanian anak-anak Palestin sama ada di Gaza mahupun di wilayah Tebing Barat:-

1. Keberanian Ahdi Tamimi mendapat penghormatan PM Turkey.
2. Video Keberanian Ahdi Tamimi berdepan Tentera Zionis.
3. As Syahid Faris Audah.



No comments:

Post a Comment