Thursday, January 26, 2012

The Global March to Jerusalem (GMJ) – 30th March 2012.

Add Image
MENGAPA GMJ ?


Negara haram Israel didirikan semenjak 1948 hakikatnya adalah hasil dari suatu ajaran zionis yang sesat dinilai dari segi apa jua perspektif agama mahupun dari segi kemanusiaan. Perancangan negara haram Israel sebenarnya berasaskan kedengkian di dalam hati penajanya dan sifat kebinatangan dan keserakahan manusia bertopengkan binatang dan sifat-sifat buruk.

Oleh itu prilaku pemimpin zionis dari mula bertapak di bumi suci Palestin hin
gga sekarang tidak sudah-sudah menyebabkan pertumpahan darah dan kemeranaan orang lain khususnya penduduk Palestin mahupun yang beragama Islam mahupun
yang beragama kristian. Pemimpin zionis dengan segala bala tentera yang didokong oleh kuasa-kuasa berkepentingan seperti Amerika dan negara-negara sekutu terus-terusan membunuh, mencederakan (lihat di SINI), menghalau, meroboh kediaman, menghalang rakyat Palestin untuk hidup sebagai manusia biasa. Semua aktiviti rakyat Palestin di halang ... kanak-kanak dinafikan ke sekolah, ibu mengandung dinafikan hak melahirkan anak dengan sempurna, orang sakit dinafikan ubat-ubatan, .... banyak lagi tindakan biadab rejim Zionis Israel terhadap penduduk asal Palestin. Bagi mencapai matlamat serakahnya, mereka telah berterus-terusan membawa pendatang haram berbangsa Yahudi dari luar negara semenjak 1940'an lagi dan mereka merampas tanah, membina penempatan-penempatan haram untuk pendatang dan membina keperluan perniagaan, kilang, tempat ibadah di atas tanah-tanah milik penduduk Palestin yang sah.

Sehingga 2012 ini, tidak selayaknya mereka teruskan dibiarkan bermaharaja lela. Pencinta keadilan dan aktivis kemanusia sedunia terus mencari jalan dan inisiatif agar dunia benar-benar membuka mata. Agar dunia tahu bahawa regim Israel itu zalim dan mereka perlu menghentikan keganasan mereka dan menamatkan misi jijik mereka hidup senang di atas keperitan dan kemusnahan bangsa lain !

The Global March to Jerusalem adalah suatu inisiatif global. Ia bertujuan menggerakkan aktivis kemanusiaan seluruh dunia tanpa mengira latar belakang untuk mengadakan gerakan perjalanan besar-besaran, iaitu berjalan dari tanah air masing
-masing menuju Jerusalem atau Baitul Maqdis secara serantak atau distinasi terdekat dengan Baitul Maqdis.

Perancangan
peringkat International Central Committee (ICC) yang dianggotai aktivis kemanusiaan terkenal antara lain Mr George Galloway, Mr Zaher Birawi dan ramai lagi dari London, Eropah dan seluruh dunia sudah sekian lama dilakukan dan masanya sudah tiba untuk aktivis kemanusia di setiap negara merancang dan menjayakan apa yang digelar sebagai perancangan global.


Program kesedaran dan mendapatkan sokongan dari semua di sekeliling kita harus mula dan terus dijalankan. Kumpulkan seramai mungkin penyertaan orang ramai dalam pelbagai aktiviti kesedaran, ceramah, kempen dan mungkin penyertaan dalam konvoi atau 'march'. Adakan pelbagai aktiviti kesedaran, melalui ceramah, kempen dan kutipan dana untuk perjuangan Palestin.

Aqsa Syarif menjadikan the Global March to Jerusalem (GMJ) ini salah satu program dan projek penting kerana ia adalah salah satu fokus kewujudan Aqsa Syarif iaitu Memperkasa Ummah, Membebaskan Al-Aqsa.

No comments:

Post a Comment